Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Khamis, 17 Mei 2012

Jualan amal bersama Pelajar Tahfiz Ad Diiniyyah di Karnival Jom! Ke Masjid

Melatih Anak Tahfiz berkerjasama dan berdikari


Jom! ke Karnival di Masjid Amaniah mulai esok (Jumaat 19 Mei - Sabtu 20 Mei 2012). Karnival Jom! ke Masjid anjuran Masjid Amaniah Batu Caves pasti menarik . Pelbagai acara disediakan. Temui kami anak - anak tahfiz Ad Diniyyah di jualan amal.

Jumpa kami di sana. Membeli sambil menderma. Keuntungan hasil jualan akan disalurkan ke tabung Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.


Rabu, 16 Mei 2012

Siapa lelaki berjubah putih ini?


Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad.  Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.

Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.

Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul - betul..

 Wallahu a’lam


SK; Tak tahu nak komen? apa padangan anda ye?


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha


Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


 



Selasa, 15 Mei 2012

Kepala melekat di Sejadah!

Keratan akhbar

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.” Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular. “Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.” “Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.” Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh. “Adalah menjadi kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki terjadinya sesuatu itu, hanyalah Dia berfirman “Jadilah” maka terjadilah ia..

SK: Hidayah dari Allah. Pelbagai cara Allah kurniakan hidayahNya. Semoga Allah merahmati kita semua

Gambar dan Video - Indahnya ciptaan Alam. Masyallah

Sebatang sungai di Swiss yang dipanggil Sungai Verzasca ini mempunyai air yang begitu jernih. Dengan kejernihan ini, anda mampu melihatnya segala di dalamnya sehingga sedalam 10 meter. Indahnya alam ciptaan Allah. Subhanallah!
Firman Allah:
Maka nikmat tuhan kamu yang mana satukah yang ingin kamu dustakan? Surah Ar Rahman











SK: Sekitar tahun 80an, Sungai Pahang airnya pernah jernih sebegini. Setiap petang selepas pulang dari sekolah, SK pasti terjun ke sungai mandi dan main bersama rakan. Seronok bukan kepalang. Sungai Pahang sangat cantik. Banyak memori indah zaman kanak - kanak. Memori bersama Sungai Pahang

Kini selepas 30 tahun air Sungai Pahang sudah tidak sejernih ini lagi. Pasir, kering disonglap. Batu - batu sungai yang licin dan cantik tiada lagi. Yang tinggal hanya air dan lumpur. Sungai keruh dari hulu sampai ke hilir.

Dulu, kalau kita menyelam di Sungai Pahang, kita boleh nampak buaya. Sekarang kalau kita menyelam, buaya pun tak nampak kita. Air sangat keruh. :(

Anak cucu tak dapat mewarisi keindahan itu lagi. Alam kita telah dikhianati manusia.

  

Ahad, 13 Mei 2012

Sajak untuk Ibu di Hari Ibu



PARA SAHABAT BERTANYA KEPADA  RASULULLAH SAW!
Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Selepas itu, siapa lagi?” Lalu Nabi menjawab, “Ibumu.” Dan orang itu bertanya lagi, “Selepas itu siapa, ya Rasulullah?” Maka Nabi menjawab lagi, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Dan selepas itu, siapa ya Rasulullah?” Maka Nabi SAW menjawab, “Ayahmu.” – HR. Bukhari dan Muslim
SK : Al fatihah untuk Arwah Ibu dan ayah. Sajak 2 minit meruntun rasa. Sayangi ibu anda sementara mereka masih ada.

Ustaz Azhar Idrus - Judi bola di kedai makan

Malam ni Manchester City atau Manchester United bakal menjadi juara? Lepak kedai mamak tengok bola di skrin besar. Bertaruh. Apa hukumnya? Selamat menonton. Jangan berjudi !! :)

Jumaat, 11 Mei 2012

Pengajaran untuk pemandu bahaya


KEADAAN kereta Ford Escort milik seorang pemuda yang dikenali gemar memandu secara laju dan berbahaya di Lubczyna, Poland.
WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok. Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.

Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu. Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.
“Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan,” katanya.Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.
“Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini,” katanya.Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya. Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.“Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan,” katanya. - DM


SK: Teringat macamana P.Ramlee ajar jirannya yang buat bising dalam filem Seniman Bujang Lapok.
 





Khamis, 10 Mei 2012

Terkini Suraukini sedang dikemaskini


Blog Suraukini kini dalam proses pengubahsuaian. Mungkin terdapat beberapa kecacatan dalam blog ini dalam tempoh beberapa hari ini. Perubahahan tamplate akan mengganggu beberapa widget dalam blog ini.

Harap bersabau!!

Rabu, 9 Mei 2012

4 Pelajar Ad Diniyyah terpilih ke Program Hafazan



Tahniah 4 pelajar Tahfiz Ad Diniyyah terpilih untuk menyertai Program Hafazan anjuran pertubuhan Kebajikan Pelajar - pelajar Tahfiz Malaysia yang akan diadakan di Auditorium Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur pada 26 Mei 2012.

Tahniah kerana terpilih




Petani China bina kapal selam


BEIJING - Seorang petani, Zhang Wuyi membina enam buah kapal selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti gamat. Wuyi yang memiliki minat mendalam dalam ciptaan saintifik telah menguji sebuah kapal selamnya di kolam buatan manusia dekat sebuah limbungan kapal di Wuhan, dalam wilayah Hubei kelmarin.

Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500).Media tempatan melaporkan kapal selam itu boleh menyelam pada kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam. - Reuters


Kreatif dan berani!