Khamis, 9 November 2017

Awas warga KL! Si penendang wanita sudah kembali! (bersama video)



KUALA LUMPUR : Lelaki yang pernah dipenjarakan kerana menendang seorang wanita dari belakang hingga mengakibatkan wanita berkenaan tersungkur kembali melakukan aktiviti 'gila' tersebut.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar media sosial, lelaki yang sama dilihat menendang seorang wanita ketika hingga wanita berkenaan jatuh terduduk.

Dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira 1.30 petang, lelaki berkenaan dilihat menendang belakang badan mangsa mengakibatkannya jatuh terduduk di tangga jejantas sebelum lelaki berkenaan berlalu pergi.




Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan lelaki berkenaan adalah individu yang sama pernah ditahan dahulu.


"Siasatan awal kami mendapati lelaki berkenaan telah dibebaskan daripada penjara Julai lalu akibat kesalahan yang sama sebelum ini,



"Berdasarkan kes terdahulu, kami mengesyaki suspek mengalami kecelaruan mental, namun kami masih menungu laporan perubatan mental suspek," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.



Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Marmi Zabrin Mian, 33, atas kesalahan menendang belakang Shakira Mohd Khalid, 28, setiausaha di Bukit Aman, tanpa sebab.

Tambah Shaharuddin Abdullah, pihaknya masih berusaha mengesan suspek dan akan mempertimbangkan untuk mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik terhadap suspek bagi mengelakkan suspek mengulangi perbuatannya. 


0 ulasan: