Isnin, 17 April 2017

Makluman aktiviti sepanjang Ramadhan 1438 di Ad Diniyyah



15 APRIL 2017

Kepada

Semua Ahli Kariah
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PER: PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SURAU AD DINIYYAH TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A UNTUK TAHUN 1438H / 2017


Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa

🍩Pihak surau akan mengadakan jamuan moreh pada tahun ini. Setiap rumah dialu alukan untuk menyumbang sekurang – kurangnya RM50.00 untuk tujuan tersebut. Semoga jamuan moreh dapat mengeratkan silaturahim setaman.

✍Tender Jamuan Moreh : Tender adalah terbuka kepada semua Jemaah Ad Diniyyah. Tuan puan yang berhajat untuk menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan moreh sepanjang Ramadhan di Ad Diniyyah boleh dapatkan maklumat lanjut dari Tuan Haji Sapuan Daman 013-3320300 atau En. Roslan 012-3113900

📖Tadarrus Al Quran :  Tadarrus Al Quran akan diadakan sepanjang malam. Ibu bapa digalakkan mendaftarkan anak – anak mengikuti program ini. Hadiah galakan dan insentif akan diberikan di akhir Ramadhan nanti. Untuk memberikan lebih motivasi kepada anak – anak ibu bapa juga disaran untuk mengikuti sama program Tadarrus ini. Untuk urusan penyertaan tadarrus boleh hubungi saudara Akashah 018-9644790, Ustaz Muaz Hedzir 019-6683795 dan Hajjah Azizah Salim 016-3171827

👥Gotong royong : Gotong Royong Persiapan Ramadhan untuk membersihkan kawasan persekitaran surau akan diadakan pada Hari Ahad 21 Mei 2017 jam 8.00 Pagi – 12 Tengahari

📄Tahlil Arwah / Khatam Al Quran  : Majlis tahlil akan diadakan setiap malam sepanjang Ramadhan. Ahli kariah yang berhajat untuk mengadakan tahlil / Khatam Quran sila dapatkan  borang di surau mulai sekarang

💰Sumbangan Ihya’ Ramadhan : Sumbangan yang boleh dibuat adalah dalam bentuk
🙍‍♂Sumbangan anak – anak yatim
👳‍♀Sumbangan Penajaan Ustaz pentazkirah
📄Sumbangan Majlis Tahlil
🌄Sumbangan berbuka puasa
🌌Sumbangan Bersahur pada 10 malam terakhir di surau
📖Sumbangan untuk anak – anak yang bertadarrus
👳‍♀Sumbangan untuk imam Tarawikh
💰Sumbangan untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

🍱Majlis berbuka Puasa (Iftar Jamaie) : Surau Ad Diniyyah akan mengadakan dua kali Majlis Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan 1438
🌄3 JUN 2017 Sabtu : Iftar Jamaie’ – Anjuran Surau Ad Diniyyah
🌄17 JUN 2017 Sabtu : IFTAR JAMA’IE PASTI AR-RAUDHAH

🍱Lajnah Muslimah akan mengadakan edaran juadah berbuka secara percuma pada setiap Hari Selasa dan Khamis mulai jam 6.00 petang. Lokasi edaran di jalan 2A/5 di hadapan padang. Tuan / Puan yang ingin menyumbang juadah untuk agihan boleh menghubungi ☎Puan Hajjah  Azizah Salim 016-3171827 atau Puan Hajjah Azizian 017-3465764

👶Disiplin Anak – Anak : Kerjasama dari ibu bapa amat diperlukan untuk mengawal disiplin anak – anak sepanjang berada di surau. Harap dapat pastikan anak – anak tidak membuat bising dan mengganggu jemaah beribadah.

🌌Qiamullail di 10 Terakhir Ramadhan : Qiam akan bermula jam 3.30 – 5.00 pagi)

💰Urusan Zakat Harta / Pendapatan /Zakat Fitrah : Untuk sebarang urusan zakat hubungi Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) ☎No telefon 0192518771

💰Maklumat Fakir miskin dan anak – anak yatim : Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang anak yatim dan fakir miskin sila maklumkan kepada Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 0192518771

3. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi

☎Pengerusi Surau : Haji Zulkifli Bin Wahijan 0192518771
☎Setiausaha : Faizal Haizad Mohamad Norawi  013-7557011
☎Bendahari : Haji Sapuan Daman 013-3320300.
☎Bendahari Pusat Tahfiz : En. Ahmad Bin Alias 019-243-9495
☎Lajnah Muslimat : Puan Hajjah Azizah Binti Salim 016-317-1827

Sekian Terima kasih

Yang Benar


……………………………………….
Setiausaha Surau Ad Diniyyah
☎013 – 7557011

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja

Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013 755 7011 / 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: