Khamis, 20 April 2017

Bila mulut celupar , Ahok tumbang Anies menang



JAKARTA – Gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama yang lebih dikenali sebagai Ahok mengaku kalah dalam pusingan kedua pilihan raya ketua da­erah (Pilkada) Jakarta semalam selepas pengiraan undi tidak rasmi menunjukkan lawannya yang merupakan bekas Menteri Pelajaran, Anies Baswedan mendapat kemenangan selesa.
“Kepada penyokong kami, saya tahu anda semua sedih tetapi ini takdir Tuhan.
“Kami masih ada masa enam bulan lagi untuk menyiapkan tugas kami dan kami akan me­lakukan yang terbaik,” kata Ahok merujuk kepada tempoh pengakhiran penggalnya.
Pengiraan undi selektif oleh beberapa firma tinjauan undi dikenali sebagai kiraan pantas menunjukkan Ahok mendapat 42 peratus undi berbanding 58 peratus undi yang dimenangi Anies.
Anies disokong oleh penduduk Islam yang mahukan Ahok dipenjara kerana didakwa menghina Islam dalam kempen politiknya.
Margin kekalahan Ahok mengejutkan banyak pihak berikutan tinjauan pendapat sebelum pusingan kedua Pilkada menunjukkan persaingan antara mereka terlalu sengit.
Ahok menang pertandingan tiga penjuru dalam pusingan pertama Pilkada Jakarta pada 15 Februari lalu apabila mendapat 43 peratus undi berbanding 40 peratus undi yang diraih oleh Anies.
Dalam perkembangan berkaitan, Anies berkata, beliau akan berusaha untuk menyatukan penduduk Jakarta yang berpecah belah akibat sentimen agama semasa kempen pilihan raya itu.
“Kami komited untuk mengekalkan penyatuan warga kota Jakarta. Kami mahu meraikan dasar pluralisme dan kepelbagaian,” katanya.
Keputusan rasmi Pilkada Jakarta hanya akan diumumkan pada minggu pertama Mei depan tetapi kiraan pantas itu meramalkan secara tepat keputusan pilihan raya pada masa lalu.
Pilihan raya semalam dilihat oleh sebahagian penganalisis sebagai ujian terhadap sistem demokrasi sekular di Indonesia, negara yang mempunyai umat Islam paling ramai di dunia.
“Undi anda akan menentukan hala tuju Jakarta,” kata Ahok selepas membuang undi dekat kediamannya di Jakarta Utara.
Kira-kira tujuh juta daripada 10 juta penduduk Jakarta layak mengundi dalam Pilkada kali ini.
Sementara itu, pihak berkuasa menempatkan seramai 65,000 anggota polis untuk mengawal ketenteraman di kota raya itu ketika orang ramai keluar mengundi.
Ahok kini didakwa kerana menghina Islam berhubung ucapan beliau semasa berkempen di Kepulauan Seribu, luar Jakarta pada tahun lalu.
Pemimpin itu berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun jika didapati bersalah.
Ahok bebas sementara me­nunggu keputusan perbicaraan tersebut. – dpa
Kredit KOSMO

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4ektMu3FE 
Hakcipta terpelihara 


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja


Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 755 7011 / 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: