Selasa, 23 Februari 2016

Notis Tamat Tempoh keahlian Khairat Kematian Surau Ad Diniyyah



 
 
Setiap yang bernyawa pasti menempuh saat kematian!!


Kepada
Semua penduduk
Taman Bandar Baru Selayang 2A,
68100, Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
 
Notis Tamat Tempoh Keahlian Badan Khairat Kematian Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Perkara diatas mohon dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa keahlian Badan Khairat Kematian akan berakhir pada 20 Februari 2015. Tuan / Puan diminta untuk memperbaharui keahlian sebelum tarikh tersebut.
 
2.  Kadar bayaran keahlian dan info berkaitan adalah seperti berikut
  • Ahli Baru - Pendaftaran RM10.00 + Yuran tahunan RM50.00
  • Ahli Lama - Yuran Tahunan Sahaja RM50.00
  • Suami dan isteri adalah digalakkan untuk menjadi ahli.
  • Ahli Baru perlu mengisi borang yang disediakan dan menyertakan salinan kad pengenalan sendiri dan pasangan serta salinan surat beranak anak
  • Ahli lama yang mempunyai tambahan jumlah tanggungan hendaklah menyerahkan salinan surat beranak kepada setiausaha / bendahari
  • Keahlian terbuka kepada semua penduduk Islam yang menetap di Kariah Masjid Sungai Tua
  • Sila dapatkan borang di Surau Ad Diniyyah TBBS2A atau hubungi Setiausaha
  • Sila serahkan borang pendaftaran dan wang yuran keahlian kepada Setiausaha, Pengerusi atau Bendahari
  • Surau Ad Diniyyah. Resit rasmi akan dikeluarkan untuk setiap bayaran. Sila simpan resit untuk rujukan, 
Jika berlaku kematian atau kemusykilan tentang keahlian sila hubungi talian berikut - Bendahari Haji Sapuan - 013-3320300

Harap Maklum

Sekian Terima Kasih

SK
Setiausaha Badan Khairat Kematian
BBS 2A


0 ulasan: