Tersebar video kapal terbang terhempas.
Mengucap panjang!! Ajalnya sudah tiba. Maut boleh datang pada bila - bila masa. Saksikan nasib malang penumpang kapal terbang ini.
Kehidupan dan kematian itu suatu lumrah hidup yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Semua makhluk yang bernyawa baik manusia, haiwan, tumbuhan, jin, Syaitan bahkan malaikat sekalipun pasti akan merasai mati. Tiada makhluk yang kekal, hanya Allah s.w.t bersifat baqa'. Namun tidak siapa yang mengetahui bila saatnya ajal yang datang di muka pintu.
Hakikat kematian seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia disebabkan oleh nikmat dan kegembiraan hidup dunia yang fana ini. Hanya apabila maut menghampiri, barulah manusia akan sedar akan kebenaran yang sering dilupakan iaitu kematian. Benarlah apa yang dikatakan oleh Saiyidina Ali r.a bahawa manusia ini semuanya dalam keadaan tidur, mereka akan sedar ketika malaikat maut datang mencabut nyawanya. Ramai di antara kita lupa akan janji Allah s.w.t dalam firman-Nya :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (al-Imran : 185)
Janji Allah itu pasti. Tidak pernah Dia lengah terhadap apa yang dijanjikan-Nya. Sekalipun janji al-Malik itu benar, namun sedikit sekali yang mengingati dan menghayati peringatan tersebut. Tidak kira siapa pun kita, tua atau muda, raja atau rakyat jelata, kecil atau besar tubuh kita, dan di mana kita berada, ajal akan datang memanggil apabila sampai saatnya. Firman Allah s.w.t:
0 ulasan:
Catat Ulasan