DOHA : Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Antarabangsa, mengatakan bahawa ketika ini, Russia adalah musuh utama umat Islam. Ini merujuk kepada sikap Russia yang menyokong Rejim Bashar al-Assad di Syiria,
Kenyataan ini disampaikan Al-Qardhawi dalam Khutbah pada Jumaat 12 Oktober 2012 di Masjid Umar bin Khatab, Doha, Qatar, yang disiarkan secara langsung oleh Televisyen Aljazeera.
“Russia kini menjadi musuh pertama umat Islam. Rejim Syiria telah membunuh lebih dari 30 ribu orang dengan senjata buatan Russia,” tegas al-Qaradhawi - (Dengarkan khutbah pada minit 58.00 dalam video di bawah! )
Selain Russia, Al Qardhawi juga menyebut China dan Iran sebagai sekutu dan juga musuh umat Islam. Al-Qaradhawi memperingatkan Iran dengan tegas agar tidak membunuh saudaranya yang sesama Muslim, selama masih menyebutkan dua kalimat syahadah!!
Selain Russia, Al Qardhawi juga menyebut China dan Iran sebagai sekutu dan juga musuh umat Islam. Al-Qaradhawi memperingatkan Iran dengan tegas agar tidak membunuh saudaranya yang sesama Muslim, selama masih menyebutkan dua kalimat syahadah!!
“Orang - orang Iran telah membunuh rakyat Syiria. Namun mereka tidak rasa bersalah, kerana bukan dari mazhab mereka. Beginikah kalian memperlakukan sesama Muslim yang masih menyebut syahadah? Sesama Muslim adalah bersaudara,” tegas al-Qardhawi kepada Iran.
Dengan tegas Al-Qaradhawi juga memperingatkan rakyat Iran untuk menghormati hak - hak sesama Muslim, hak - hak anak - anak, hak - hak wanita dan hak manusia.
Dengarkan khutbah penuh Al Fadhil Yusof Qardhawi pada 12 Oktober 2012. Dalam khutbah pertama beliau menceritakan tentang Kuasa dan Penguasa, Kisah keadilan pemerintahan zaman Nabi Sulaiman A.S. Kisah Nabi Sulaiman dengan semut dan kisah Nabi Sulaiman dengan hud - hud dan Balqis. Kehebatan dan kekuasaan yang dimiliki Nabi Sulaiman, bukan setakat memimpin manusia dan jin malah mengusai pergerakan angin. Kerajaan Nabi Sulaiman adalah contoh Kerajaan yang adil yang perlu dicontohi
Dengarkan khutbah kedua Syeikh Al Qardhawi pada minit 58.00 yang mengecam Moscow, China dan Iran sebagai musuh utama ummat Islam!!
Iran membunuh puluhan ribu umat Islam Islam di Syiria!
0 ulasan:
Catat Ulasan