Khamis, 11 Oktober 2012

Pasak Bumi! Hebatnya Allah! - Lihat Video ini!


Menonton video ini akan menyebakan anda akan berasa kerdil. Amat bagus ditonton untuk orang yang keras kepala. Amat bagus ditonton untuk muhasabah diri! Video kedua agak panjang. Namun sangat berbaloi untuk ditonton.
 
Allah berfirman (maksud):
 
"Dan gunung - ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)" (Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)

Allah berfirman (maksud):

"Dan gunung - ganang sebagai pancang pasaknya" (Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)

Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):

"Dan Ia mengadakan di bumi gunung - ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu..." (Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)
 

Dalam sesetengah tafsir disebut

Dan Dia menancapkan gunung - gunung di Bumi supaya Bumi itu tidak berguncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai - sungai dan jalan - jalan agar kamu mendapat petunjuk.”

Sebagai orang Islam kita yakin setiap huruf dan perkataan yang terkandung dalam Qur'an pasti betul.

Sekarang tengok gambar ini pula. Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru - baru ini menemui sebuah gua yang terletak di Naica Mexico, gua ini dipenuhi dengan batu - batu kristal yang berbentuk seperi pasak atau pancang seperti yang biasanya dipasang pada bangunan bangunan besar. Ada yang yang berukuran sehingga 12 meter panjang. Seperti dikatakan saintis, pasak - pasak ini hanyalah mukadimah sahaja, kerana dikatakan lebih dalam mereka masuk lebih besar pasak - pasak yang dijumpai


 
 
 

 


0 ulasan: