Jumaat, 4 Mei 2012

Jom tengok bulan BESAR malam esok! 05 Mei 2012

05 Mei 2012 - fenomena Supermoon

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh NASA, pada 5 Mei 2012 (hari Sabtu) ini merupakan tarikh kejadian bulan penuh “supermoon” yang istimewa untuk tahun ini. Pada tarikh dan hari tersebut, kejadian bulan penuh akan kelihatan 14% lebih besar (supersize) dan 30% lebih terang berbanding bulan – bulan yang lain.

Menurut space.com, kejadian supermoon ini dikaitkan dengan “supermoon equation” iaitu pada hari Sabtu ini menandakan “perigee” bulan – merujuk kepada saat di mana bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi. Dalam tempoh setahun, perigee bulan akan berlaku sebanyak 12 kali dan hari Sabtu 5 Mei nanti adalah perigee bulan yang paling hampir dengan bumi berbanding 11 bulan yang lain. Untuk memudahkan anda memahami proses perigee bulan, tonton video di bawah



Gambar kenangan di sisi supermoon :)

0 ulasan: