TOKYO: Reaktor
terakhir Jepun yang berfungsi selepas bencana tsunami tahun lalu akan ditutup
hari ini, meninggalkan negara berkenaan tanpa tenaga nuklear setahun selepas
kemalangan atom terburuk di dunia dalam tempoh suku abad
ini.
Ketika juruteknik
bersedia untuk menutup operasi unit No 3 di Tomari, Hokkaido, persoalan sama ada
Jepun memerlukan tenaga nuklear atau tidak, mula
diperdebatkan.
Hokkaido Electric
Power, yang menguruskan operasi loji berkenaan, berkata pada jam 5 petang,
syarikat itu akan mula memasukkan rod kawalan yang akan menghentikan tidak balas
rantaian atom dan membawa reaktor kepada ‘penutupan sejuk’ sementara pada Isnin
ini. - AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan