Jumaat, 25 Mei 2012

Hebatnya seorang Hafiz Al Quran!! Membaca Al Quran dalam keadaan koma.



Petikan dari youtube yang ditulis dalam Bahasa Arab. Begini tulisannya

سبحان الله يقرأ القرآن و هو في غيبوبة تامة 

Terjemahan tajuk di atas seperti berikut.

Subhanallah Lelaki membaca Al Quran sedang dia dalam keadaan koma sepenuhnya.



Di dalam ruangan description ditulis lagi dalam bahasa arab begini

الشيخ نضال .... شاب في الخامسه والثلاثين من العمر ... يعمل إماما في المسجد ويحفظ القرآن الكريم كاملا... دخل الى عمليات مستشفى البشير الحكومي في الأردن تم تخديره من أجل إجراء العمليّه الجراحية... انظروا اليه بعد انتهاء العمليّة وكان لا يزال تحت تأثير البنج العام ودون أدنى وعي!!!

Terjemahan bebas seperti di bawah.

Sheikh Nidhal ...... Pemuda yang berusia 35 Tahun.... bekerja sebagai seorang imam di sebuah masjid. Beliau adalah seorang hafiz Al Quran. Beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Jordan untuk menjalani pembedahan selepas terlibat dalam kemalangan. Lihat (rakaman video di atas)  pemuda ini selepas selesai pembedahan, beliau masih dalam keadaan tidak sedarkan diri (beliau membaca potongan ayat Al Quran dalam keadaan koma).



Sabda Rasulullah SAW

"Bacalah Al Quran, nescaya Al Quran akan datang pada hari kiamat memberi syafaat (pertolongan) kepada orang yang membacanya"
 











0 ulasan: