Ahad, 20 Mei 2012

Gambar sekitar Karnival yang ceria

Booth 19 - Jualan amal Pusat Tahfiz

SK ucapkan tahniah kepada seluruh AJK Masjid Amaniah Batu Caves kerana berjaya mengatur program yang menarik di sepanjang Karnival Jom! Ke Masjid Amaniah 2012. SK ucapkan tahniah, Mabrook dan Bravo!. Pengurusan yang cemerlang.

SK juga mengambil kesempatan ini untk mengucapkan tahniah kepada semua anak - anak Tahfiz kerana dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang jualan amal Pusat Tahfiz di Karnival ini. Tahniah Ustaz - ustaz Tahfiz kerana dapat menguruskan pelajar dengan cemerlang.

SK sempat merakam beberapa gambar di Karnival tersebut untuk dikongsi bersama. Macam - macam acara menarik yang disediakan. Memang mantap !!

Anak - anak Tahfiz yang pada awalnya hanya merancang untuk mengadakan jualan amal, tergoda dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak masjid. Gambar di bawah membuktikan anak - anak tahfiz buka sekadar membuat kerja - kerja amal, tetapi mereka juga membuat amalan - amalan lain. :)
Anak - anak Tahfiz menyertai aacara tarik tali

SK ucapkan tahniah kerana anak - anak Tahfiz berjaya mendapat tempat KEDUA dalam acara ini. Ulang suara, TEMPAT KEDUA!! 

Meskipun tiada latihan diadakan sebelum acara berlangsung, anak - anak Tahfiz berjaya membuktikan mereka sebenarnya KUAT, CUKUP MAKAN dan SIHAT. Hihihihih!

Suhaizad menerima hadiah - Tempat Kedua Acara Tarik Tali. Masyukkkkkk!!

Terimakasih kepada semua pengunjung yang mengunjungi booth 19 memberi sumbangan untuk PTA. Syukran ye. Jumpa lagi tahun depan!

Kekuatan, Kerjasama, Persefahaman

0 ulasan: