Jumaat, 13 Januari 2012

Model Unik Metropolis II

 

LOS ANGELES - Seorang artis terkenal, Chris Burden (gambar kecil) mencipta model bandar raya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini dan pelbagai bentuk bangunan.
 
Burden menunjukkan hasil kerjanya itu di Muzium Seni Los Angeles di sini dalam satu pameran yang diadakan sehingga 14 Januari depan.

Model itu mempunyai 25 buah bangunan besar, 18 laluan trafik, 13 kereta api, 18 jalan raya dan seorang pengendali manusia.Kereta mini itu bergerak pada kelajuan kira-kira 386 kilometer sejam di sistem laluan jalan raya.

Burden berkata kepada stesen televisyen ABC baru-baru ini bahawa kereta itu boleh berlanggar sesama sendiri.
Kereta itu bergerak kerana terdapat daya tarikan magnet. - Agensi









0 ulasan: