Selasa, 21 Jun 2011

Tersepit celah Penyaman udara - macam macam ada!!




BEIJING: Seorang budak terselamat daripada maut apabila tersangkut di celah dinding bangunan dan peti penyaman udara selepas dia dipercayai tergelincir dari tingkat lapan sebuah bangunan, semalam.

Budak lelaki terbabit dilaporkan ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapanya dan bermain di kawasan balkoni di rumahnya.Menurut saksi, mereka terkejut apabila terdengar suara budak menjerit meminta tolong.

Melihat ada seorang budak yang tersepit di antara peti penyaman udara bangunan berkenaan, penduduk apartmen di situ segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Menurut saksi, sementara menunggu polis tiba, mereka melihat budak terbabit semakin terancam apabila bergerak ke bawah sedikit demi sedikit.

“Akhirnya orang ramai bertindak nekad dengan cuba menyelamatkan budak terbabit sebelum polis tiba,” katanya.Untuk mengelak budak terbabit terjatuh, dua pekerja kedai runcit - hanya dikenali sebagai Wang dan Zhour - memanjat keluar melalui tingkap di tingkat tujuh dan sempat memegang tangan mangsa.

Saksi berkata, dia cemas melihat kaki budak itu terkapai-kapai di antara dinding bangunan dan peti penyaman udara itu sebelum dia diselamatkan.


1 ulasan:

wallpaper2free berkata...

belum ajal tu...macam2 ada....