Ahad, 12 Disember 2010

Tok Guru menerima rawatan



KOTA BARU, 12 Dis − Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana masalah pinggang. Anaknya Nik Omar berkata Murysidul Am PAS itu dirawat di hospital itu sejak Jumaat lepas setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.

“Ayah saya telah menjalani pemeriksaan untuk pinggangnya dan atas nasihat doktor dia menjalankan pemeriksaan terperinci.“Saya tidak tahu bila ayah akan dibenarkan keluar,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Nik Omar berkata masalah pinggang itu dihidapi ayahnya sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik. − Bernama


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 











Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

1 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Salam,

Kami di Johor sentiasa mendoakan kesejahteraan TGNA. Sayu dan sedih. Moga Allah beri kekuatan padanya. Mungkin penat selepas menunaikan ibadah Haji tempohari....