Isnin, 23 Ogos 2010

Video Malaikat Di Malam Lailatul Qadr?

Salam ramadhan

Kita berada di malam - malam pertengahan Ramadhan. Kita semakin hampir ke malam Al Qadr yang dijanjikan. Allah merakamkan di dalam Al Quran tentang keistimewaan Malam Al Qadr. Mudah - mudahan Allah SWT mengurniakan kita malam yang penuh keistimewaan ini.

Terjemahan Surah Al Qadr.

Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).


97-1: Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Al Qadr.
97-2: Dan tahukah engkau apakah malam Al Qadr itu?
97-3: Malam Al Qadr itu lebih utama daripada 1,000 bulan.
97-4: Turun malaikat dan Roh pada malam itu, dengan izin Rab (Tuhan) mereka, membawa segala urusan.
97-5: Sejahtera ia (malam itu) hingga terbit fajar.
 
Wallahu a'lam. Khabarnya video ini dirakam ketika malam - malam terakhir Ramadhan 2008. Apa komen sahabat? Nampak macam imbasan cahaya lampu sahaja kan?

Mudahan Allah kurniakan malam yang mulia ini kepada kita. Insyaaallah

 

 





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan ke org cakap video ni diedit sbb kat kaabah tu ada line putih..

Tanpa Nama berkata...

memang dh edit pn...video palsu...

Kakzakie Purvit berkata...

Assalamualaikum & salam ramadhan,

Biar apa jua paparan segalanya hanya Allah jua yang tahu. Apa yang nyata Lailatul-Qadr itu memang ada kerana telah dinyatakan dalam Al-Quran antara 10 malam terakhir ramadahan akan diturunkan olehNya. Hanya yang tertentu sahaja akan beroleh dariNya.

Sayangnya ada insan yang menggunakan teknologi canggih untuk memutarbelitkan keadaan. Mereka inilah insan terkutuk.