Khamis, 26 Ogos 2010

Hukum bermain mercun



Sehari dua ini banyak kisah - kisah bahana bermain mercun terpampang di dada akhbar. Sudah menjadi semacam satu trend setiap tahun apabila hampirnya Aidil Fitri kisah malapetaka bermain mercun dapat kita dengari. Yang terbaru, kisah ngeri mangsa mercun yang berlaku di Negeri Ganu. Kat bawah ni SK letakkan video rakaman tempat kejadian. Ngeri , macam zon perang.

 Ulamak memutuskan hukum bermain mercun ini HARAM. Sebabnya ialah seperti berikut:

1)Mudarat Kepada Diri
2) Mudarat Orang Lain

Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi - tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.

Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Ini boleh dikategorikan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak - kanak atau bayi hilang nyawanya.

Nabi s.a.w bersabda :
من ضَارَّ Ø£َضَرَّ الله بِÙ‡ِ ÙˆَÙ…َÙ†ْ Ø´َاقَّ Ø´َاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

3) Pembaziran

Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.  Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelanjakan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.

Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.

Video ini mebuktikan bermain mercun boleh  memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

 











1 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Salam ramadhan,

Buatlah sebanyak mana amalan di bulan mulia ini. Ikutlah nasihat seperti N3 di atas ini. Sedih mengenang anak yang belum mengenal erti kehidupan mengakhiri hidup dengan tragis sekali. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....