Ahad, 1 Ogos 2010

Insyaallah! pemasangan Aircond Di Surau Ad Diniyyah sebelum Ramadhan 1431!!


Sejuk kita Yeop!

Insyaallah tahun ini, kalau tiada halangan, sebelum kedatangan Ramadhan, surau kita akan menerima sumbangan aircond dari seorang hamba Allah. Alhamdulillah hajat untuk memasang aircond seperti yang diwar -warkan dalam blog ini beberapa minggu lepas akhirnya menjadi kenyataan juga.

Syukur kepada Allah yang telah memakbulkan hajat kita semua.

Insya'allah tahun ini kita tak berpanas - panas lagi ketika solat Tarawikh. Maklumlah bulan puasa, surau padat, jemaaah ramai, suhu badan masing - masing pun tentu meningkat selepas berbuka puasa. Badan berpeluh - peluh berhimpit dalam saf. Kipas yang sedia ada kadang - kadang tak mencukupi untuk menyejukkan suhu panas tubuh badan.

Mudah - mudahan Ramadhan kali ini ibadah kita lebih baik dari tahun  lepas! Jangan sampai terlena kesejukan macam gambar kat atas tu udah ler yeop!!

p/s: Terimakasih kepada semua yang mengambil bahagian memebersihkan kawasan persekitaran surau pagi tadi. Semoga Allah mencatatkan sebagai amal soleh.

iklan sebelum ini


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah seronok nyer ada aircond..