Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Rabu, 15 Mei 2013

Ustaz Azhar Idrus - Hukum beri kucing makan.

 
Allah taala utus kucing untuk test iman kita?


Hukum memberi kucing makan. Petua murah rezeki dari Ustaz Azhar Idrus. Ikuti ulasan santai Ustaz Azhar Idrus.
 
Dari Jabir bin Abdullah Rodhiyallohu ‘Anhu dia bercerita bahwa Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا إِلاَّ كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَ مَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً وَ مَا أَكَلَتِ الطَّيْرُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةً وَ لاَ يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ صَدَقَةً
“Tidaklah seorang muslim menanam suatu tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman itu sebagai sedekah baginya, dan apa yang dicuri dari tanaman tersebut sebagai sedekah baginya dan tidaklah kepunyaan seorang itu dikurangi melainkan menjadi sedekah baginya.” (HR. Imam Muslim Hadits no.1552)
 

 


 

Jumaat, 10 Mei 2013

Syukran kepada semua penyumbang untuk Dana Pusat Tahfiz sepanjang April 2013

 
 
SK merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbang secara online kepada Dana Pembinaan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Jazakallah khairal jaza'. Insyallah Jawatankuasa Ad Diniyyah akan menguruskan sumbangan tuan / puan dengan amanah.
 
Terima kasih atas sokongan. Doakan semoga urusan pembinaan Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dapat disegerakan. Mudah - mudahan ada berita baik dari Brunei minggu depan.   
 
Antara penyumbang kepada Dana Pusat Tahfiz bulan April 2013
 
Mohd Rashidi Md Zin
Pusat Tuisyen Ifikir
Ms Khalijah Abdul Jalil
Mohd Bin Md Sahat
Ahmad Faiz Bin Fauzi
Zahiran Bt Zakaria
Mr Asri Junin
Roslina Binti Md Nasir
Mazrah Binti Ahmad
Mr Mohd Razak Osman
Zairul Ezhar Bin Zakaria
Musa Bin Majid
Zakiah Binti Rahmat
 
Dan mungkin ramai lagi yang menyumbang tetapi nama mereka tidak tercatat dalam Penyata akaun ini. Jazakallah Khair










Khamis, 9 Mei 2013

Kitab Muhimmah Ustaz Azhar Idrus Siri 04




Huraian Kitab Muhimmah Siri 04 oleh Ustaz Azhar Idrus menghuraikan tentang maruah isteri.

Hukum wanita menziarahi orang mati.
Bagaimana wanita nak mendapat pahala jihad?

 

 





Selasa, 7 Mei 2013

Pengunjung blog Suraukini mencecah 1,000,000 satu juta hari ini



Terima kasih atas sokongan anda semua. Blog Suraukini mencatat total pagesview 1,000,000 jam 3.00 petang 7 Mei 2013.








Jumaat, 3 Mei 2013

Video - Kapal terbang terhempas depan mata.

Tersebar video kapal terbang terhempas.


Mengucap panjang!! Ajalnya sudah tiba. Maut boleh datang pada bila - bila masa. Saksikan nasib malang penumpang kapal terbang ini.

Kehidupan dan kematian itu suatu lumrah hidup yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Semua makhluk yang bernyawa baik manusia, haiwan, tumbuhan, jin, Syaitan bahkan malaikat sekalipun pasti akan merasai mati. Tiada makhluk yang kekal, hanya Allah s.w.t bersifat baqa'. Namun tidak siapa yang mengetahui bila saatnya ajal yang datang di muka pintu.
 
Hakikat kematian seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia disebabkan oleh nikmat dan kegembiraan hidup dunia yang fana ini. Hanya apabila maut menghampiri, barulah manusia akan sedar akan kebenaran yang sering dilupakan iaitu kematian. Benarlah apa yang dikatakan oleh Saiyidina Ali r.a bahawa manusia ini semuanya dalam keadaan tidur, mereka akan sedar ketika malaikat maut datang mencabut nyawanya. Ramai di antara kita lupa akan janji Allah s.w.t dalam firman-Nya :

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (al-Imran : 185)

Janji Allah itu pasti. Tidak pernah Dia lengah terhadap apa yang dijanjikan-Nya. Sekalipun janji al-Malik itu benar, namun sedikit sekali yang mengingati dan menghayati peringatan tersebut. Tidak kira siapa pun kita, tua atau muda, raja atau rakyat jelata, kecil atau besar tubuh kita, dan di mana kita berada, ajal akan datang memanggil apabila sampai saatnya. Firman Allah s.w.t:
 
"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (an-Nisa: 78)
 

 





Khamis, 2 Mei 2013

Jadual Kuliah Bulan Mei 2013.



"Barang siapa melalui satu jalan untuk menuntut ilmu , nescaya Allah pemudahkan baginya jalan menuju ke Syurga "- Al Hadith

Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di


Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.

Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Rajin - rajinlah melayari blog ini.

MINGGU PERTAMA
02.05.13 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin) TUNDA - PRU
02.05.13 Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
04.05.13 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Pilihan) TUNDA - PRU
04.05.13 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40) TUNDA - PRU
05.05.13 - Ahad - Ustaz Dr. Shafie Mohd Amin (Tafsir Surah Al Fatihah) TUNDA - PRU
05.05.13 - Ahad 9.00 Pagi - KULIAH MUSLIMAT - TAJWID Ustaz Ahmad Shukri Bin Badaruddin  TUNDA - PRU

MINGGU KEDUA
08.05.13 - Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (BAB SOLAT - Kitab Minyatul Musolli SIRI 4)
09.05.13 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - (Isu Semasa)
10.05.13- 8.30 Pagi Khamis - Ustaz Ahmad Shukri Badarudin  (Tarannum Al Quran) Untuk Pelajar Tahfiz & Lelaki dewasa sahaja
10.05.13- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
13.05.13 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Pilihan)

MINGGU KETIGA
15.05.13 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- (Kitab Minhajul Abidin)
16.05.13 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
17.05.13 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Unwanul Falah)
18.05.13- Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
19.05.13 - Ahad 9.00 Pagi - KULIAH MUSLIMAT - TAJWID Ustaz Ahmad Shukri Bin Badaruddin

MINGGU KEEMPAT
23.05.13 - Khamis 8.30 Pagi Khamis - Ustaz Ahmad Shukri Badarudin (Tarannum Al Quran) Untuk Pelajar Tahfiz & Lelaki Dewasa sahaja



24.05.13 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan Anak - Anak Dalam Islam)
25.05.13 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
26.05.13 - Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Mustafa Desa. (Kitab Daqaik Akhbar)
26.05.13 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Kitab Minyatul Musolli)











Khamis, 25 April 2013

Tips ketika marah!

 
Bila kita hendak marah, diam seketika. Fikirkanlah adakah marah aku ini, mendatangkan lebih kebaikan atau lebih keburukan.
 



Rabu, 24 April 2013

Pesan Ustaz Azhar Idrus

 
Jadilah hamba Allah, bukan hamba syaitan!! Jangan kerana duit dan kerana nak jaga periuk nasi, kita menjadi penentang Agama serta takut menyatakan kebenaran!!
 



Berfikir sebelum berkata - kata



 
Sebelum kita mendengar dan berkata - kata yang tidak baik, bayang dan fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat mendengar dan berkata - kata sama sekali.
 



Selasa, 23 April 2013

Bebaskan diri dari menjadi hamba kepada makhluk!!

 
Keluarkanlah rasa takut kepada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut kepada khaliq (pencipta) dan keluarkanlah rasa berharap kepada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Khaliq!!