KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini.
Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata, gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Pusat gempa tersebut terletak 16km barat laut Ranau. Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata, tiada lagi gempa bumi dilaporkan, sehingga berita ini ditulis.
Ia turut menyebut, Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa netizens berkongsi gambar kerosakan harta benda selain memuat naik status akibat gegaran tersebut.
KRISTALTA S N I M ENT ER P R ISE
Menyokong penuh usaha
Pusat
Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok
Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks
Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja
<
Upah
Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Penduduk menaiki sebuah kereta lembu di Daerah Karo, dengan berlatarbelakangkan Gunung Sinabung (belakang) yang mengeluarkan asap tebal sejak dua hari lalu
Lebih 2,000 penduduk di Daerah Karo, Sumatera Utara terpaksa dipindahkan, apabila Gunung Sinabung mula meletus dan mengeluarkan asap tebal.
Menurut laporan MetroTv News, penduduk beberapa kampung di kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung berapi aktif itu.
Laporan itu memetik jurucakap Unit Geologi sebagai berkata, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran tahap empat, iaitu tahap awas, setelah gunung berapi itu mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari lalu.
Katanya, penduduk diminta mematuhi arahan berpindah demi keselamatan mereka dan mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan di Wilayah Kabanjahe.
Sejak September 2013, gunung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil serta mempunyai gejala untuk meletus pada bila-bila masa.
Ketua Pusat Maklumat Badan Nasional Tangani Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan, aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat dan pihaknya sedang memantau perkembangan dari semasa ke semasa.
KRISTALTA S N I M ENT ER P R ISE
Menyokong penuh usaha
Pusat
Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok
Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks
Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja
<
Upah
Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
18.06.15 - Khamis - Ustaz Mohd Zaki Madzhar Atham Bin Zulkifli (Pusat Rawatan Darus Salam)
19.06.15 - Jumaat - Ustaz Dr Riduan Mohd Nor ( Muslim Care Malaysia)
20.06.15 - Sabtu (Kuliah Subuh) Ustaz Rashdan Ikhsan 20.06.15 - Sabtu Ustaz Kamaruzaman Abdullah 21.06.15 - Ahad (Kuliah Subuh) Ustaz Ismail Abbas 21.06.15 - Ahad - Dr Ahmad Nazri Mansor ( Al Farabi Consultant And Management) 22.07.15 - Isnin - YB. Haji Zaidi Abu Talib - EXCO Kerajaan Negeri Selangor
23.06.15 - Selasa - Ustaz Idris Ahmad
24.06.15 - Rabu - Ustaz Wan Azhar
25.06.15 - Khamis - Ustaz Yusaini Bin Yahya
26.06.15 - Jumaat - Ustaz Ahmad Dusuki - (Pusat Rawatan Thibbun Nabawi)
27.06.15 - Sabtu - Ustaz Azhari Bin Ibrahim (Pensyarah UniKL)
28.06.15 - Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Mustafa Desa
28.06.15 - Ahad - Ustaz Khairil Anuar Bin Salleh
29.06.15 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim
30.06.15 - Selasa Ustaz Zulfikar Abdul Mijan (Pengerusi Tahfiz Sahabat Prihatin Sabah)
01.07.15 - Rabu - Ustaz Mokhtar Senik ( Pondok An Nur)
02.07.15 - Khamis - Professor Dr. Rahmat Abdullah (Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa)
03.07.15 - Jumaat - Ustaz Zainuddin Hashim
04.07.15 - Sabtu YB. Hishamuddin Abdul Karim
05.07.15 - Ahad (Subuh) YB. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
05.07.15 - Ahad - Dr T Wahidin Sukarno
06.07.15 - Isnin - YB Khairudin Aman Razali 07.07.15 - Selasa - Dr Shafie Mohamad Amin 08.07.15 - Rabu - Ustaz Shihabuddin Alang Mat Piah 09.07.15 - Khamis - YB Ustaz Salehin Muhyi
10.07.15 - Jumaat - Ustaz Yusni Mat Piah 11.07.15 - Sabtu Kuliah Subuh - Ustaz Mohamed Ibrahim (Rahmat Care)
11.07.15 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil Bin Rosli
12.07.15 - Ahad Kuliah Subuh Ustaz Nur Aidil Fitri
12.07.15 - Ahad Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Per: Program Ihya’ Ramadhan Surau
Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A untuk tahun 1436H / 2015
Perkara di atas adalah dirujuk
2.Sukacita
dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Surau Ad Diniyyah pada 17 Mei 2015 telah memutuskan beberapa perkara berikut:
Gotong Royong Perdana
membersihkan kawasan persekitaran surau akan diadakan pada hari Ahad 14 Jun 2015 jam 8.30 pagi. Muslimin dan muslimat dijemputuntuk
hadir ke surau pada hari tersebut.
Jamuan makan disediakan. Sila bawa peralatan bergotong royong yang sesuai.
Jamuan Moreh: Pihak
surau tidak mengadakan jamuan moreh pada tahun ini kerana sebahagian besar
ruang surau kini dalam proses pembinaan bangunan asrama tahfiz.
Tadarrus Al Quran
:Tadarrus Al Quran akan diadakan
sepanjang malam. Ibu bapa digalakkan mendaftarkan anak – anak mengikuti program
ini. Hadiah galakan dan insentif akan diberikan di akhir Ramadhan nanti. Untuk
memberikan lebih motivasi kepada anak – anak ibu bapa juga disaran untuk
mengikuti sama program Tadarrus ini. Klik Borang Tadarrus di sini
Tahlil Arwah :
Majlis tahlil akan diadakan sepanjang malam. Ahli kariah yang berhajat untuk
mengadakan tahlil sila isi borang tahlil di sini
Khatam Al Quran sebanyak 7 kali
Sepanjang Ramadhan : Majlis
khatam 30 Juzuk Al Quran akan diadakan setiap hari selepas Solat Zohor. Bacaan akan
disempurnakan oleh Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah. Ahli kariah yang berhajat untuk niatkan
pahala bacaan kepada Arwah boleh dapatkan borang di surau mulai sekarang.
(Sumbangan adalah untuk menampung kos
penyelenggaraan Pusat Tahfiz. Klik sini untuk download borang Khatam 30 Juzuk Al Quran
Sumbangan Ihya’ Ramadhan : Sumbangan yang boleh dibuat adalah dalam bentuk
Sumbangan susu / gula / teh / milo / nescafe / biskut Sumbangan anak – anak yatim Sumbangan Penajaan Ustaz pentazkirah Sumbangan Majlis Tahlil Sumbangan berbuka puasa Sumbangan Bersahur pada 10 malam terakhir di surau Sumbangan untuk anak – anak yang bertadarrus Sumbangan untuk imam Tarawikh Sumbangan untuk Pembinaan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
Sila klik sini untuk download borang sumbangan Aktiviti Surau Sepanjang Ramadhan 1436 Sila klik sini untuk download borang Sumbangan Aktiviti Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 1436
Majlis berbuka Puasa (Iftar Jamaie) : Surau Ad Diniyyah akan
mengadakan dua kali Majlis Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan 1436 o28
Jun 2015 : Iftar Jamaie’
– Anjuran Surau Ad Diniyyah o12 hb
Julai 2015: IFTAR JAMA’IE PASTI AR-RAUDHAH & SURAU AD
DINIYYAH 2015
Disiplin Anak – Anak :
Kerjasama dari ibu bapa amat diperlukan untuk mengawal disiplin anak – anak
sepanjang berada di surau. Sila pastikan anak – anak tidak membuat bising dan
mengganggu jemaah beribadah.
Qiamullail di 10 Terakhir Ramadhan :
Qiam akan bermula jam 3.30 – 5.00 pagi
Urusan Zakat Harta / Pendapatan /Zakat Fitrah
:
Untuk sebarang urusan zakat hubungi Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 019-2518771
Maklumat Fakir miskin dan anak – anak
yatim : Jika
anda mempunyai sebarang maklumat tentang anak yatim dan fakir miskin sila
maklumkan kepada Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 019-2518771
3.Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi
oPengerusi Surau : Haji Zulkifli Bin
Wahijan 019-2518771 oSetiausaha : Haji Faizal Haizad Mohamad
Norawi 013-2791608. oBendahari : Haji Sapuan Daman
013-3320300. oBendahari Pusat Tahfiz : En. Ahmad Bin
Alias 019-243-9495 oLajnah Muslimat : Puan Hajjah Azizah
Binti Salim 016-317-1827
Sekian Terima kasih
Yang Benar
Haji
Faizal Haizad Bin Mohd Norawi
Setiausaha
Surau Ad Diniyyah 013
– 2791608
KRISTALTA S N I M ENT ER P R ISE
Menyokong penuh usaha
Pusat
Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok
Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks
Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja
<
Upah
Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Percubaan seorang lelaki yang dikatakan untuk cuba membunuh diri dengan terjun daripada menara Masjid Kampung Baru tidak kesampaian.
. Dalam kejadian sekitar jam 6.50 petang Jumaat, dia hanya mengalami patah kaki kanan selepas jatuh di atas bumbung bangunan di kawasan berdekatan.
Menurut laporan Harian Metro Online, lelaki terbabit di percayai mempunyai masalah mental, sebelum itu cuba dipujuk orang ramai yang berada berhampiran.
Bagaimanapun percubaan itu gagal.
Sejurus selepas diselamat, dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Bernama pula melaporkan mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23, seorang warga tempatan patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta mengalami kesan lebam pada belakang kepalanya. -FMT
KRISTALTA S N I M ENT ER P R ISE Menyokong penuh usaha
Pusat
Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok
Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks
Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja
<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna
013-2791608 - layari www.suraukini.com
Katmandu – Satu lagi gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter melanda Nepal pada Selasa, menyebabkan penduduk bertempiaran lari ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.
Gempa bumi itu berlaku pada 12:35 waktu tempatan di 76 kilometer (47 batu) Timur Kathmandu selepas dua minggu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang mengorbankan lebih 8,000 nyawa.
Gegaran di Kathmandu itu dirasai selama hampir satu minit di sekitar kawasan bandar. Setakat ini, belum ada kecederaan dan kematian dilaporkan.
Gempa bumi itu turut dirasai sehingga New Delhi, ibu negara India, yang jaraknya 1,000 kilometer dari Kathmandu.
Dilaporkan bangunan di New Delhi bergegar dan pekerja-pekerja diarahkan mengosongkan bangunan.
Bandar-bandar lain di utara India juga mengalami gegaran itu termasuk di Bihar di mana rakaman televisyen menunjukkan penduduk bergegas berkumpul di jalan.
Satu lagi gegaran berukuran 5.6 skala Richter dikesan seminit kemudian.
Gempa bumi pada 25 April lalu menyebabkan Kathmandu dan beberapa perkampungan musnah, meninggalkan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.
Pasukan bantuan dari seluruh dunia masih berusaha untuk menyediakan air, makanan dan bantuan perubatan kepada mangsa.
KRISTALTA S N I M ENT ER P R ISE
Menyokong penuh usaha
Pusat
Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok
Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks
Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja
<
Upah
Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com