Sabtu, 30 Mei 2015

Makluman Aktiviti Ramadhan 1436 Di Surau Ad Diniyyah




Ruj. Kami:( JKSAD 13 - 16 / 01 / 15 )
Ruj tuan:


1 JUN 2015
13 Sya’ban 1436

Kepada

Semua Ahli Kariah
Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Per: Program Ihya’ Ramadhan Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A untuk tahun 1436H / 2015

Perkara di atas adalah dirujuk

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Surau Ad Diniyyah pada 17 Mei 2015 telah memutuskan beberapa perkara berikut:                       

Gotong Royong Perdana membersihkan kawasan persekitaran surau akan diadakan pada hari Ahad 14 Jun  2015 jam 8.30 pagi. Muslimin dan muslimat dijemputuntuk hadir  ke surau pada hari tersebut. Jamuan makan disediakan. Sila bawa peralatan bergotong royong yang sesuai.

Jamuan Moreh: Pihak surau tidak mengadakan jamuan moreh pada tahun ini kerana sebahagian besar ruang surau kini dalam proses pembinaan bangunan asrama tahfiz. 

Tadarrus Al Quran :  Tadarrus Al Quran akan diadakan sepanjang malam. Ibu bapa digalakkan mendaftarkan anak – anak mengikuti program ini. Hadiah galakan dan insentif akan diberikan di akhir Ramadhan nanti. Untuk memberikan lebih motivasi kepada anak – anak ibu bapa juga disaran untuk mengikuti sama program Tadarrus ini. Klik Borang Tadarrus di sini

Tahlil Arwah : Majlis tahlil akan diadakan sepanjang malam. Ahli kariah yang berhajat untuk mengadakan tahlil sila isi borang tahlil di sini
 
Khatam Al Quran sebanyak 7 kali Sepanjang Ramadhan  : Majlis khatam 30 Juzuk Al Quran akan diadakan setiap hari selepas Solat Zohor. Bacaan akan disempurnakan oleh Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah. Ahli kariah yang berhajat untuk niatkan pahala bacaan kepada Arwah boleh dapatkan borang di surau mulai sekarang. (Sumbangan  adalah untuk menampung kos penyelenggaraan Pusat Tahfiz.

Klik sini untuk download borang Khatam 30 Juzuk Al Quran

 
Sumbangan Ihya’ Ramadhan : Sumbangan yang boleh dibuat adalah dalam bentuk
 
Sumbangan susu / gula / teh / milo / nescafe / biskut
Sumbangan anak – anak yatim
Sumbangan Penajaan Ustaz pentazkirah
Sumbangan Majlis Tahlil
Sumbangan berbuka puasa
Sumbangan Bersahur pada 10 malam terakhir di surau
Sumbangan untuk anak – anak yang bertadarrus
Sumbangan untuk imam Tarawikh
Sumbangan untuk Pembinaan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 
 
Sila klik sini untuk download borang sumbangan Aktiviti Surau Sepanjang Ramadhan 1436  
Sila klik sini untuk download borang Sumbangan Aktiviti Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 1436
 

Majlis berbuka Puasa (Iftar Jamaie) : Surau Ad Diniyyah akan mengadakan dua kali Majlis Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan 1436

o    28 Jun 2015 : Iftar Jamaie’Anjuran Surau Ad Diniyyah
o    12 hb Julai 2015: IFTAR JAMA’IE PASTI AR-RAUDHAH & SURAU AD DINIYYAH 2015

Disiplin Anak – Anak : Kerjasama dari ibu bapa amat diperlukan untuk mengawal disiplin anak – anak sepanjang berada di surau. Sila pastikan anak – anak tidak membuat bising dan mengganggu jemaah beribadah.

Qiamullail di 10 Terakhir Ramadhan : Qiam akan bermula jam 3.30 – 5.00 pagi

Urusan Zakat Harta / Pendapatan /Zakat Fitrah : Untuk sebarang urusan zakat hubungi Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 019-2518771

Maklumat Fakir miskin dan anak – anak yatim : Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang anak yatim dan fakir miskin sila maklumkan kepada Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A/7) No telefon 019-2518771

3.            Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi

o    Pengerusi Surau : Haji Zulkifli Bin Wahijan 019-2518771
o    Setiausaha : Haji Faizal Haizad Mohamad Norawi  013-2791608.
o    Bendahari : Haji Sapuan Daman 013-3320300.
o    Bendahari Pusat Tahfiz : En. Ahmad Bin Alias 019-243-9495
o    Lajnah Muslimat : Puan Hajjah Azizah Binti Salim 016-317-1827

 Sekian Terima kasih

Yang Benar

Haji Faizal Haizad Bin Mohd Norawi
Setiausaha Surau Ad Diniyyah
013 – 2791608


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha

 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja

 










<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: