Insya Allah Sempurna
Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011
Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim
“Amal jariah pahala terus mengalir”"
Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja
Sebaik baik sedekah adalah sedekah air
Projek Wakaf Air di Bangladesh
“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"
Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kemboja kini dalam pembinaan
“Jom! Rebut saham wakaf”"
Agihan Beras Fidyah
Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.
Projek Wakaf Al Quran di Kemboja
Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.
Kristal Tasnim menguruskan Program Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja dan Makkah
“8 Tahun Pengalaman. Insya Allah Sempurna ”"
Projek Wakaf Al Quran di Kemboja
“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"
Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
“Akaun Bank Islam 14069010024005”"
Perspektif Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kemboja - Kini dalam pembinaan
“Mengurus Saham Akhirat ”"
Wakaf Lampu Solar dan Bateri
“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"
Projek Wakaf Panel Solar
“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"
Selasa, 19 Februari 2013
Isnin, 18 Februari 2013
Gambar Sekitar Majlis Penyerahan Van Wakaf
Dr Azlina dari Srikandi84.
Sebahagian gambar yang sempat dirakam dari lensa Dino Alhamd pada malam penyampaian Van Wakaf oleh Srikandi84. Maaf lewat upload ke blog kerana beberapa kekangan masa. :). Insyallah gambar dari lensa cinagambar akan menyusul.
Syeikh Ali Ahmed Mulla Junior memperdengarkan azan
Pengerusi Ad Diniyyah mengalu - alu kehadiran Srikandi84
Rezeki dari langit. Insyallah amal jariah yang berterusan dari srikandi84
Team Srikandi84 yang prihatin
Persiapan hidangan kambing lazat untuk team Srikandi84. Bila nak pekena kambing lagi?? :)
Dr Azlina berucap menyampaikan amanat untuk anak - anak Tahfiz.
Simbolik Penyerahan Urvan
Cenderahati dari PTA.
Jazakumullah Khairal Jaza'
Ahad, 17 Februari 2013
Alhamdulillah, Jawatankuasa Penaja PIBG Pusat Tahfiz Ad Diniyyah ditubuhkan!
Ada ketikanya kita terjatuh ketika bertatih melangkah. Kita perlu jatuh, untuk bangkit semula, dan melangkah dengan lebih baik!
Alhamdulillah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah kini terus mengorak langkah ke hadapan dengan penubuhan Jawatankuasa Penaja PIBG Pusat Tahfiz Ad Diniyyah (PIBG PTA). Majlis berjalan lancar seperti dirancang bermula jam 8.00 pagi tadi dan berakhir jam 11.00 Pagi.
Mesyuarat dimulakan dengan majlis dialog antara AJK Ad Diniyyah dengan ibu bapa pelajarz. Fokus perbincangan adalah kearah menambahbaik aktiviti - aktiviti dalaman Pusat Tahfiz. Antara aktiviti yang telah diatur untuk Tahun 2013 ialah
1. Lawatan sambil belajar ke Darul Quran
2. Family Match
3.Kem Motivasi 3 hari 2 malam
4. Motivasi Diri berkala tahunan (3 kali setahun)
Tahniah kepada Jawatankuasa Penaja PIBG PTA yang dilantik pada pagi ini. Mereka ialah
Pengerusi : En Mahadir Bin Mokhtar
Timbalan Pengerusi : Haji Januddin Bin jantan
Setiausaha : Ustaz Faaid Bin Abdul Aziz
Bendahari : Ustaz Zulhelmi Abdul Rahman
Semoga dapat bergerak bersama untuk merealisasikan hasrat ini.
Sabtu, 16 Februari 2013
Video - Saat kejatuhan Bashar Al Asad kian hampir. Pengkalan tentera Udara ditawan FSA
Tentera Pembebasan Syiria (FSA) berjaya menguasai pangkalan tentera udara Jarrah di pinggir Aleppo beberapa hari lalu. Pejuang berjaya menawan lebih daripada 30 jet pejuang yang di antaranya masih beroperasi, termasuk jet pejuang MiG.
Pejuang kini menetapkan sasarannya untuk terus mara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo selepas menyerang pangkalan tentera Briged 80 dan pusat pemeriksaan ketenteraan Manara, sekali gus membawa mereka hanya beberapa ratus meter jauhnya dari lapangan terbang kedua Syria yang mereka dihujani dengan bedilan kereta kebal.
SK teringat kata - kata Sheikh Ahmad Deedat dalam video ini
900 cedera meteor terhempas di Russia - Koleksi video rakaman amatur
MOSCOW - Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi tadi (waktu tempatan) menyebabkan bola api, yang mengejutkan ramai, dan mencederakan lebih 900 orang Di Chelyabinsk, wilayah Ural, timur Moscow, pagi tadi waktu tempatan.
Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang dimasukkan ke hospital. Kebanyakan cedera disebabkan terkena kaca yang pecah. Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi.
Jumaat, 15 Februari 2013
Penjelasan tentang Upah Haji / Badal Haji oleh MAZA
Ibu bapa sudah meninggal dunia. Mereka tidak berkesempatan untuk menunaikan Haji. Bolehkah si anak atau waris menyempurnakan Haji bagi pihak arwah. Bolehkah si anak mengupah orang lain untuk menyempurnakan haji arwah. Ikuti penjelasan Dr. MAZA berkenaan Badal Haji.
Khamis, 14 Februari 2013
Gambar dan Video Sekitar Pembinaan Masjidil Haram Makkah Mukarramah 2013
Masjidil Haram - 7 Februari 2013
Hampir 20 - 30 peratus ruang dalam Masjidil Haram kini dipecahkan untuk kerja - kerja peluasan Masjid. Saksikan gambar - gambar dan video terkini dari Kota Suci . Dua menara di Bab Al Fatah dibesarkan.
Menara Babul Fatah ditinggikan
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)
Menyokong Penuh Usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja
Rabu, 13 Februari 2013
Kisah Tuan Guru Dato' Dr Haron Din mencium rambut Rasulullah S.A.W
Ikuti kisah yang diceritakan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din Al Hafiz pengalaman beliau berpeluang mencium rambut Rasulullah S.A.W.
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)
Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja
Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha
Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Video - Buaya terbesar di dunia
SK teringat kata - kata Ustaz Yusaini Yahya. Manusia bersedih bila badak, harimau dan buaya pupus. Tapi tiada siapa yang bersedih bila ulama' pupus.
SYDNEY - Seekor buaya gergasi sepanjang 5.48 meter yang bernama Cassius memperoleh semula gelaran sebagai buaya terbesar di dunia yang dipelihara di dalam kurungan, lapor agensi berita dpa semalam.
Cassius dipamerkan kepada orang ramai di taman buaya Marineland Melanesia, Pulau Green yang terletak dekat Cairns, Australia. Buaya jantan itu seberat satu tan dan berumur 110 tahun. Reptilia tersebut memperoleh semula gelaran itu selepas seekor buaya gergasi sepanjang 6.17 meter yang bernama Lolong mati di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, selatan Filipina pada Ahad lalu.
Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian buaya air masin itu yang dianggarkan berusia sekitar 50 tahun. Sebelum mati, buaya itu dikatakan menelan tali pintal. Bagaimanapun, bedah siasat itu mendapati tiada benda ganjil seperti tali pintal itu yang ditemui di dalam perutnya.
Ketua Biro Hidupan Liar dan Perlindungan di Filipina, Mundita Lim berkata, punca kematian haiwan itu akan diketahui hujung minggu ini.
Buaya jantan itu ditangkap oleh penduduk dan pakar-pakar haiwan tersebut di sebatang anak sungai pada September 2011 selepas ia dipercayai membaham kepala seorang kanak-kanak perempuan. "Kami berasa kecewa terutamanya George Craig," kata Billy Craig yang merupakan cucunya ketika mengulas tentang kematian Lolong.
"Dia (George) merupakan seorang pemburu buaya di sini dan pengasas taman itu.
"Justeru, kematian itu adalah sesuatu yang menyedihkan walaupun ia menjadikan Cassius sebagai 'raja' semula," tambahnya. Menurut Billy, pihak Guinness Book of World Records menghubungi pihak taman itu selepas Lolong mati. "Menurut pihak Guinness Book of World Records, rekod itu akan dikembalikan semula kepada kami. "Ia baik untuk perniagaan," tambahnya.
Cassius ditangkap di sebatang sungai di Wilayah Utara, Australia selepas haiwan itu menyerang bot-bot dan enjin motor sangkut. Reptilia itu dijual kepada George yang membawanya ke Pulau Green. Menurut Billy, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana Lolong mati terlalu muda. "Cuba bayangkan apakah saiz haiwan itu jika ia boleh hidup selama 50 tahun lagi?" katanya. - Agensi
SK : Teringat kata - kata Ustaz Yusaini Yahya. Manusia bersedih bila badak, harimau dan buaya pupus. Tapi tiada siapa yang bersedih bila ulama' pupus.
Jom bersama kami membina generasi pelapis ulama'
Langgan:
Catatan (Atom)
























.jpg)




















