Ahad, 17 Februari 2013

Alhamdulillah, Jawatankuasa Penaja PIBG Pusat Tahfiz Ad Diniyyah ditubuhkan!

 

Ada ketikanya kita terjatuh ketika bertatih melangkah. Kita perlu jatuh, untuk bangkit semula, dan melangkah dengan lebih baik!
 
Alhamdulillah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah kini terus mengorak langkah ke hadapan dengan penubuhan Jawatankuasa Penaja PIBG Pusat Tahfiz Ad Diniyyah (PIBG PTA). Majlis berjalan lancar seperti dirancang bermula jam 8.00 pagi tadi dan berakhir jam 11.00 Pagi.
 
Mesyuarat dimulakan dengan majlis dialog antara AJK Ad Diniyyah dengan ibu bapa pelajarz. Fokus perbincangan adalah kearah menambahbaik aktiviti - aktiviti dalaman Pusat Tahfiz. Antara aktiviti yang telah diatur untuk Tahun 2013 ialah
 
1. Lawatan sambil belajar ke Darul Quran
2. Family Match
3.Kem Motivasi 3 hari 2  malam
4. Motivasi Diri berkala tahunan (3 kali setahun)
 
Tahniah kepada Jawatankuasa Penaja PIBG PTA yang dilantik pada pagi ini. Mereka ialah
 
Pengerusi : En Mahadir Bin Mokhtar
Timbalan Pengerusi : Haji Januddin Bin jantan
Setiausaha : Ustaz Faaid Bin Abdul Aziz
Bendahari : Ustaz Zulhelmi Abdul Rahman
 
Semoga dapat bergerak bersama untuk merealisasikan hasrat ini.
 
 










 

0 ulasan: