Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 19 Ogos 2011

Alhamdulilah blog kini boleh dikemaskini



Hampir 48 jam blog suraukini tidak dapat dikemaskini disebabkan masalah teknikal. Alhamdulillah petang ni baru boleh akses. Maaf kerana gangguan tersebut.

Rabu, 17 Ogos 2011

Tazkirah Khas Nuzul Quran bersama Ustaz Sidek Noor



Turun beramai - ramai malam ini ke surau Ad Diniyyah. Pesta Tazkirah Ramadhan. Tazkirah Khas Sempena Nuzul Quran Bersama Ustaz Sidek Noor.

Klik sini untuk tahu lokasi Surau Dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

SK: Semua pembaca blog suraukini digalakkan menggunakan Mozilla Firefox ketika melayari blog ini. Penggunaan Internet Explorer tidak digalakkan kerana terdapat beberapa widget dalam blog ini tidak dapat beroperasi dengan sempurna.

Download Tazkirah YB. Salahuddin Ayub di sini



Salam Ramadhan,

Tazkirah malam ke 17 oleh YB Salahuddin Ayub di Surau Ad Diniyyah. Klik sini untuk download tazkirah YB Salahuddin Ayub

Anda boleh mendengar tazkirah YB. Salahuddin Ayub secara online di sini

Selasa, 16 Ogos 2011

Download Tazkirah Ustaz Zainuddin Hashim di sini



Salam untuk semua. Malam tadi tazkirah Ustaz Zainuddin Hashim.

Klik sini untuk download Tazkirah Ustaz Zainuddin Hashim.

Anda boleh juga mendengar tazkirah  secara online di sini


Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.




Isnin, 15 Ogos 2011

Tazkirah Mega Perdana Malam Esok Bersama YB.



Jemput datang dan tolong panjangkan info ini. Malam Esok Tazkirah Mega Perdana Bersama YB. Salahuddin Ayub. Datang beramai - ramai meraikan pimpinan.

Lokasi Surau di sini

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah mengimami Solat Tarawikh di UniKL BMI



Shafiq
 
Suhaizad.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Adik Suhaizad dan Mohd Shafiq kerana menjadi "duta" Pusat Tahfiz Ad Diniyyah ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI). Insyaallah adik Suhaizad dan Shafiq akan mengimami solat Tarawikh malam esok (Selasa) di UniKL BMI.

Jemputan ini merupakan satu penghargaan kepada Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Diharap jemputan ini akan memberi motivasi dan inspirasi  kepada pelajar lain


SK: Tahniah Suhaizad & Shafiq!! benih yang disemai kini sudah boleh dituai. Alhamdulillah.
 


Ahad, 14 Ogos 2011

Download Tazkirah Ustaz Hanif Ghazali di sini



Separuh Ramadhan telah berlalu. Malam ini sepatutnya giliran Ustaz Nik Zawawi Nok Salleh dari Trengganu menyampaikan tazkirah. Beliau tidak dapat hadir dan tempatnya diganti oleh Ustaz Hanif Ghazali.

Klik di sini Download Tazkirah Ustaz Hanif Ghazali

Dengar tazkirah Ustaz Hanif Ghazali secara online

Download Bonus Tazkirah Subuh oleh Ustaz Ahmad Shazly di sini


 

Rakaman Tazkirah Ustaz Ahmad Shazly subuh tadi  14 Ogos 2011. Klik sini untuk download tazkirah Ustaz Ahmad Shazly 

Anda juga boleh mendengar Tazkirah Subuh oleh Ustaz Ahmad Shazly di sini secara online.

Download Tazkirah Ustaz Zulkarnain Hamzah Astro Oasis di sini


Tidak rugi mendengar tazkirah Ustaz Zulkarnain Hamzah malam ini. Berbaloi untuk di download. Huraian yang menarik. Durasi tazkirah 50 minit. Tidak terasa masa berlalu. Tiada yang mengantuk ketika mendenar tazkirah ini. Suara Ustaz pun mantap ketika mengimamkan solat tarawikh.

Klik sini untuk download tazkirah Ustaz Zulkarnain

Dengar secara online di sini. Insyaallah tak mengantuk