Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label ihsan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ihsan. Papar semua catatan

Jumaat, 16 September 2011

Hukum pakai baju yang mempunyai gambar sewaktu solat


Memakai pakaian seperti kemeja-T yang mempunyai gambar wajah manusia ketika bersolat dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah, sungguhpun hukumnnya makruh, menurut pendapat beberapa ulama dari Universiti Al-Azhar di Mesir.

Naib Menteri Wakaf Mesir, Dr. Salem Abdul Jalil yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar (QNA) berkata, walaupun solat itu sah kerana rukunnya telah sempurna, namun memakai kemeja-T seperti itu tetap merupakan sesuatu yang makruh dan sangat dibenci.

"Ia bukan sahaja dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah SWT, malah ia merupakan perkara yang melalaikan seseorang daripada menunaikan solat dengan khusyuk, khususnya apabila solat itu didirikan secara berjemaah.

"Imam Abu Hanifah An-Nu”man (Imam Mazhab Hanifah) memakai sebaik-  baik pakaian sebelum menunaikan solat malam, dan ketika ditanya beliau menjawab ”sesungguhnya Allah SWT melihat aku”,” katanya dalam laporan yang disiarkan dalam akhbar “The Egytian Today”.

Seorang lagi ulama Al-Azhar, Dr Sami Abdel Fattah juga menyifatkan solat dengan berpakaian sedemikian merupakan perkara yang tidak sopan. Beliau menguatkan lagi kenyataannya dengan melarang orang Islam memakai pakaian yang mempunyai gambar wajah manusia semasa menunaikan solat.

Sementara itu, anggota Akademi Penyelidikan Islam Mesir Dr AbdalMattiy Bayoumi berkata, tujuan mendirikan solat ialah supaya setiap individu bertaqwa.

"Tidak mungkin seseorang itu dapat memperoleh taqwa daripada solat yang didirikan melainkan jika dia menunaikannya dengan tenang dan damai,” katanya.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja




















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com