Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Politik Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Islam. Papar semua catatan

Isnin, 22 April 2013

Pesan Ustaz Azhar Idrus - memilih pemimpin

 
Pesan ustaz Azhar Idrus - pemimpin wajib menjalankan amanah manakala rakyat pula wajib memilih pemimpin yang amanah









Ahad, 21 April 2013

Pesan Ustaz Zahazan menjelang PRU 13

 
Selamat mengundi,
Pilihlah yang tidak ambil kesempatan pada orang lain.
Jangan Pilih yang menganggap harta rakyat macam
milik peribadi untuk dibahagi sesama sendiri dari
Ust Zahazan
 


 

Khamis, 18 April 2013

Prof. Dr Muhaya seru masyarakat hindari politik lucah


 
 
Pakar motivasi terkenal, Profesor Dr Muhaya melalui facebooknya meminta semua pihak menjauhi budaya kotor itu dan meminta orang ramai menolaknya.

"Semoga kita semua menjaga hati dan jiwa kita dan anak - anak dengan mengelakkan budaya tidak sopan di dalam apa jua urusan harian termasuk berita dan bahan yang di tonton di media massa dan alam siber," tulis Dr Muhaya.









Sabtu, 6 April 2013

Pandangan Prof. Dr Muhaya tentang Politik


 
Soalan :
"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya, dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"
Jawapan Prof Dr Muhaya :
"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.

Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi.

Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawwarah peringkat global
 



Ahad, 18 November 2012

Penjelasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din - Tahalluf Siasi



Islam  agama yang sempurna. Setiap keputusan dan pendirian dibuat bersandarkan hukum dan fakta. Sumber rujukannya Al Quran, Al Hadith, Qias dan Ijma' Ulama'. Dengarkan suara dewan ulama' dalam isu tahalluf siasi

Wabillahi taufiq!!