Selasa, 21 November 2017

Video tular - Lelaki yang memaafkan pembunuh anaknya. Indahnya Islam


Dua minggu lalu, seorang ayah menunjukkan erti kasih sayang yang sebenar apabila dia memaafkan seorang lelaki yang dituduh terlibat dalam pembunuhan anaknya, di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

Trey Alexander Relford, 24, berdepan hukuman mati selepas mengaku bersalah bersubahat dalam pembunuhan Salahuddin Jitmoud, 22, yang menjadi mangsa rompakan sebelum ditikam ketika menjalankan tugasnya sebagai penghantar piza pada malam April 19, 2015, di Lexington, Kentucky.

Tetapi ayah Salahuddin, Abdul-Munim Sombat Jitmoud, 66, mengejutkan semua yang hadir di mahkamah pada 7 November, malah hakim juga tidak dapat menahan air mata, apabila dia memaafkan Relford.

“Sifat pemaaf adalah sedekah paling agung dalam Islam,” Abdul-Munim dilaporkan akhbar Washington Post sebagai berkata.

Abdul-Munim kemudian memeluk Relford, yang menangis teresak-esak sambil meminta pengampunan ke atas perbuatannya. Air mata mengalir apabila anggota kedua-dua keluarga turut sama merapatkan diri dalam satu dakapan besar.

Klip video episod yang menyentuh perasaan itu menjadi viral dan dilaporkan secara meluas di seluruh dunia. Bercakap kepada FMT, Abdul-Munim berkata beliau tidak pernah mengenali Relford atau ibu bapanya.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan memaafkan Relford dan mengharapkan pemuda itu tidak dijatuhkan hukuman mati, sebaliknya menjalani penjara 31 tahun.

“Kami tidak sanggup memikirkan Relford menjalani hukuman mati di kerusi elektrik,” kata Abdul-Munim, bekas pengetua sekolah yang pernah menguruskan 7 buah sekolah Islam di Amerika Syarikat selama lebih 3 dekad.

Abdul-Munim berkata beliau diberitahu supaya tidak memandang wajah Relford ketika perbicaraan.

Tetapi pengalamannya sebagai guru menyebabkan nasihat itu sukar dituruti, katanya.
“Saya melanggar semua protokol di mahkamah,” katanya.


Mereka yang hadir di mahkamah ketika itu bukan sahaja tersentuh dengan sifat pemaaf Abdul-Munim, tetapi juga tersentuh apabila dia menawarkan sehelai tisu kepada Relford bagi but also by his gesture of offering him paper napkins to mengelap air matanya.

“Apabila dia menangis, saya memberikannya tisu apabila melihat dia mengelap air matanya menggunakan kolar baju penjara,” katanya.

Ketika memeluknya, Abdul-Munim berkata dia dapat merasakan Relford betul-betul insaf dan menyesali perbuatannya.

Abdul-Munim membisikkan kata-kata nasihatnya.

“Saya memberitahunya supaya berkawan dengan orang yang baik apabila bebas nanti.”

Tuhan Maha Penyayang

Abdul-Munim berkata beliau percaya dengan sifat Tuhan yang Maha Penyayang seperti disebut berulang kali dalam Al-Quran, dan inilah yang menggerakkannya untuk memberikan peluang kedua kepada Relford.

“Al-Quran berfirman, sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, dia umpama menyelamatkan seluruh manusia,” katanya memetik ayat 32 dalam Surah Al-Ma’idah.

Abdul-Munim berkata sepotong ayat dalam Surah Al-Tawbah memberikannya ketenangan: “Tidak sesekali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal” (ayat 51).

Satu lagi ayat Al-Quran yang menjadi inspirasinya ialah di dalam Surah Al-Zumar: “Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.”

Empat tahun lalu, Abdul-Munim kehilangan isterinya, Jamilah Kolocotronis, yang meninggal dunia akibat leukaemia.


Jamilah sempat mengarang beberapa novel mengenai cabaran yang mendepani umat Islam di Amerika terutama mereka yang baru memeluk agama itu.

Salahuddin bekerja sebagai penghantar piza bagi menampung pengajiannya di sebuah sekolah seni, Stage Right Acting (SRA). Dia juga ketika itu sedang berusaha memfilemkan karya arwah ibunya.

Bagi mengingati kematian Salahuddin, SRA menerbitkan sebuah video yang menyifatkannya seorang yang kreatif.



K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013-7557011 -
layari www.suraukini.com

0 ulasan: