Isnin, 25 September 2017

Gambar Sekitar Misi Bantuan ke Rohingya Bersama Muslim Care 21 - 25 September 2017


Gambar Sekitar Misi Bantuan ke Rohingya Bersama Muslim Care 21 - 25 September 2017
Berlepas dari KLIA ke Dhaka dengan menaiki pesawat Malindo Air


Transit di Dakha kemudian meneruskan penerbangan menuju Cox's Bazar



Ketua Misi Bantuan ke Rohingya Haji Zulkifli Wahijan Presiden Muslim Care Malaysia 


Tiba di Lapangan Terbang Cox's Bazar - Mendapat penghormatan dari juruterbang Biman Air untuk bergambar 


Misi Bantuan ke Rohingya mendapat liputan di Harian Metro. Liputannya di sini


Liputan di Metro online

MUSLIM Care Malaysia Society (Muslim Care) memulakan misi kemanusiaan ke Bangladesh hari ini, bagi membantu pelarian etnik Rohingya di sana.
Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan, berkata misi kemanusiaan kali kelima tahun ini itu bagi membantu etnik Rohingya merangkumi bekalan makanan, ubat-ubatan dan pam perigi yang semuanya bernilai RM120,000.
Menurutnya, 1,000 bungkusan bantuan akan disalurkan di kem pelarian sekitar Teknaf."Bantuan itu ialah beras, minyak masak, cili serta ubatan-ubatan
“Selain menyampaikan amanah sumbangan individu dan rakyat Malaysia, kami juga meninjau keperluan membina pusat bantuan perubatan sementara.
“Kami juga akan cuba menjalin hubungan baik dengan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana dalam usaha membantu pelarian terbabit,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebelum berlepas mengetuai misi ke Bangladesh itu, malam ini.
Seramai 10 sukarelawan termasuk petugas media dan pegawai perubatan menyertai misi yang dijadual sehingga Isnin ini.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank (564490413882) dan Bank Islam (14014010147470).



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja

0 ulasan: