Isnin, 3 April 2017

Teksi terbang mungkin jadi realiti - Jom! Saksikan video ini

EHang 184

New York: Teksi terbang mungkin menjadi realiti di bandar raya di Amerika Syarikat dengan syarikat, termasuk Uber, bersaing untuk memperkenalkan teknologi itu. Teksi yang digelar e-VTOLS atau ‘pelepasan dan pendaratan vertikal elektrik’ kini diuji beberapa syarikat teknologi, termasuk Google dan Airbus, lapor akhbar New York Post.
Satu model, Dron EHang 184 yang boleh memuatkan seorang penumpang dijadual memulakan penerbangan di Dubai bulan depan.
Kenderaan itu yang dibuat sebuah syarikat dron China boleh menerbangkan penumpang yang berat kurang daripada 100 kilogram selama 23 minit. Dalam pada itu, Uber berharap untuk memperkenalkan E-VTOLS dalam perkhidmatannya dalam masa 10 tahun akan datang.
Syarikat itu akan mengadakan sidang kemuncak bulan ini dengan mempelawa pakar teknologi untuk membincangkan idea berkenaan. Kos kenderaan itu yang mungkin mahal pada peringkat permulaan dijangka berkurangan secara drastik dan lebih murah daripada menaiki helikopter.
Lebih menarik lagi, ia akan menggunakan jentera elektrik.
Bagaimanapun, seorang pakar menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan kenderaan itu terbang terlalu rendah dan terhempas. Namun, mereka yang berminat memajukan e-VTOLS berkata, pelbagai masalah akan cuba diatasi sebelum ia diperkenalkan kepada orang awam.


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 755 7011 / 013-2791608 - layari www.suraukini.com



0 ulasan: