Khamis, 16 Mac 2017

Gambar Sekitar Kuliah Maghrib Perdana Bersama Sheikh Zainul Asri pada 13 Januari 2017



Gambar Sekitar Kuliah Maghrib Perdana Bersama Ustaz Zainul Asri pada 13 Januari 2017


SYEIKH ZAINUL ASRI [Da'ie yang Murabbi]

Siapa Syeikh Zainul Asri ?

Beliau ialah Mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi, Kedah. Beliau juga dikenali dengan Pak Long Z.Asri dalam kalangan teman dan rakan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Mahmud, Alor Star. Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Al-Latifiah (Pondok Pak Teh, Kroh) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin (Pengajian Hadis).

Di Mesir beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama besar seperti Syeikh Ismail Sodiq Al-Adawi (Khatib Masjid Al-Azhar) dan Al-Allamah Syeikh Muhamad Zaki Ibrahim (Raid `Asyirah Muhammadiyah). Beliau juga sempat bertalaqqi dengan Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari yang ketika itu mengadakan pengajian di Masjid Fatah, Mesir.

Antara guru beliau di Malaysia yang banyak memberi kesan dalam kehidupan beliau ialah Syeikh Nia'mat Yusuf yang mengasaskan Badan Dakwah dan Kebajikan Maktab Mahmud suatu ketika dulu. Syeikh Nia'mat Yusuf adalah Murabbi utama beliau dalam membimbing dari sudut Fiqh Dakwah. Ketika di Maktab Mahmud bersama Syeikh Nia'mat, kehidupan beliau diasuh dengan Usrah, Qiyamullail, Daurah Tarbiyah, Mukhaiyyam dan mencetus Biah Solehah dalam kehidupan para pelajar di asrama dan rumah-rumah sewa. Di sinilah bermula kehidupan beliau sebagai Mutarobbi, dan sehingga beliau kini menjadi Murabbi dalam gerakan Dakwah khusus bersama pelajar dan mahasiswa.

Antara mutiara kata beliau " Dakwah ini bagai air yang menyusur batu. Walaupun air tidak dapat menembusi batu yang keras, ia akan tetap mengalir di celahan batu tersebut. Mungkin dari atas, bawah, kiri atau kanan. Hakikatnya dakwah pun begitu, walau sebesar mana pun halangannya, ia perlu sentiasa berjalan." 










K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja


0 ulasan: