Sabtu, 27 Disember 2014

10 Tahun selepas Tsunami 26 Disember 2004 - Beribu - ribu penduduk solat di Masjid Baiturrahman




BANDA ACEH – Beribu - ribu penduduk Indonesia berhimpun kelmarin untuk menunaikan solat hajat di sebuah masjid yang masih utuh di sini selepas sepertiga Acheh dimusnahkan ombak besar tsunami yang meragut sekurang-kurangnya 226,000 nyawa 10 tahun lalu.

Gambar masjid berusia 135 tahun itu tersergam di tanah lapang yang dipenuhi serpihan dan runtuhan selepas hampir semua benda dihanyutkan tsunami merupakan antara imej yang paling diingati sehingga kini. Bencana tsunami dicetuskan oleh gempa bumi kuat berukuran 9.1 magnitud di perairan pulau Sumatra pada 2004. 

“Allah menjaga rumahnya. Itulah yang kami orang Islam percaya,” kata Azman Ismail yang merupakan imam besar masjid berkenaan, Masjid Besar Baiturrahman. 

Kira-kira 5,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak memenuhi masjid itu dalam majlis solat hajat terbesar sejak bencana tsunami. Wilayah Aceh paling teruk dilanda tsunami dengan sekurang-kurangnya 168,000 orang terkorban manakala ribuan lagi mangsa terbunuh di Sri Lanka, India dan Thailand. Azman berkata, tsunami turut membawa keamanan di Aceh yang telah bertahun-tahun menderita akibat konflik antara kumpulan pemisah dan tentera Indonesia. “Tsunami perlu dilihat sebagai rahmat dan bukannya bala Allah,” kata seorang imam dari Arab Saudi, Syeikh Ali Jaber. – Reuters



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
104058248904

Kristal Tasnim Enterprise 
Menguruskan Badal haji / Upah Haji dan Korban dan Aqiqah di Kemboja 
Hubungi 013 2791608





Jazakumullah khairal jaza'. Mudah mudahan pahala orang yang mengajar , orang yang merakam, orang yang mengupload dikira sebagai amal soleh yang pahalanya berterusan sehingga hari qiamat. 

0 ulasan: