Rabu, 27 Februari 2013

Video belon udara panas meletup di Luxor Mesir

KAHERAH - Sebuah belon udara panas meletup semasa ia terbang melintasi bandar Luxor semalam menyebabkan 19 orang terbunuh, kata seorang pegawai keselamatan. Antara yang terbunuh itu ialah pelancong Hong Kong, Jepun, Perancis dan Britain.
Belon tersebut yang membawa 21 orang terbang pada ketinggian 300 meter di Qurna, Luxor. Ia meletup selepas berlaku kebakaran di Qurna. Dua orang yang terselamat termasuk pengendali belon tersebut dihantar ke hospital untuk menerima rawatan perubatan. Serpihan badan mangsa bertaburan di atas tanah selepas belon tersebut meletup.
Gabenor Luxor, Ezzat Saad mengarahkan semua penerbangan belon dilarang ekoran kejadian itu. -

0 ulasan: