Rabu, 11 Julai 2012

SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN AL-MUBARAK 1433H

Ramadhan ! Pintu rahmat dan keampunan dibuka
Dengan hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.
Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak 1433H Jawatankuasa pentadbiran Pusat Tahfiz Ad Diniyyah ingin membuka peluang kepada YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan membuat amal jariah melalui program infaq Ramadhan bagi membantu pelajar - pelajar yang sedang mengikuti pendidikan hafazan al-Qur’an.

Sumbangan yang YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan / Puan hulurkan kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima oleh Allah s.w.t sebagai amal soleh sebagaimana Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Apabila mati seseorang manusia terputus segala amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang manfaat, dan doa anak yang soleh”. Hadith riwayat al-Imam Muslim (no. Hadith 1631).

Maksud sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah  - Al Hadith

Berhajat untuk Infaq dan Wakaf ?

Nama dan nombor akaun Pusat Tahfiz Bank Islam Malaysia Berhad : PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH. NO AKAUN 14069010024005

Keterangan Lanjut Hubungi - 013-2791608


0 ulasan: