Ahad, 29 Januari 2012

Cahaya Indah Warna-Warni Bergemerlapan di Utara Kesan Badai Matahari Terbesar



Subhanallah!! Sepanjang minggu lepas, pertunjukkan yang hebat cahaya indah yang dikenali sebagai borealis aurora telah dikesan kelihatan di Norway, Iceland dan juga UK.

Sejak seminggu lepas bumi dihujani dengan sinaran cahaya yang indah di langit pada waktu malam adalah disebabkan oleh ribut solar terbesar dalam tempoh lebih enam tahun.

Borealis aurora adalah disebabkan oleh zarah dari matahari berlanggar dengan atom sampai ke luar atmosfera bumi dari jarak 60 hingga 200 kilometer.

Aliran zarah ini bergerak jauh dari matahari pada kelajuan antara 1juta hingga 4 juta batu sejam mengarah ke kutub utara dan selatan bumi yang disebabkan daya tarikan kuat oleh medan magnet selepas berlakunya peristiwa - peristiwa yang dipanggil 'coronal mass ejections' pada permukaan matahari
 


 






VIDEO LETUSAN AWAL DI MATAHARI


 


0 ulasan: