"Selepas
meneliti unsur - unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang
diamalkan sesetengah perawat seperti membedah tubuh badan dengan tangan
kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan
fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan
seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut :
1) Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains.
2) Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh.
3)
Hujah mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW
sebelum diangkat menjadi nabi dan Isra' adalah batil kerana perkara
tersebut adalah irhas/mu'jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan
nabi.
4) Pembedahan batin telah diamalkan dalam agama lain
dengan begitu berleluasa seperti Kristian atas nama spiritual healing,
psychic surgery @ operation, jirahah gharbiyyah atau jirahah ruhaniyyah.
Ini menunjukkan, Islam, iman dan taqwa bukanlah syarat utama pembedahan
batin boleh dilakukan seperti dakwaan sesetengah pihak.
5) Tokoh-tokoh awal perubatan alopati Islam seperti Ibn Sina, al-Zahrawi, Ibn al-Haytham, al-Razi, Ibn Rusyd dll menunjukkan perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam (bukan sahaja al-tibb al-nabawi) sekaligus menafikan jenis-jenis perubatan yang mencarik adat.
6) Pembedahan batin diyakini menggunakan khidmat jin @ qarin yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik berdasarkan nas-nas al-Qur'an dalam surah al-Jin ayat 6 dan surah al-Zukhruf ayat 36.
5) Tokoh-tokoh awal perubatan alopati Islam seperti Ibn Sina, al-Zahrawi, Ibn al-Haytham, al-Razi, Ibn Rusyd dll menunjukkan perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam (bukan sahaja al-tibb al-nabawi) sekaligus menafikan jenis-jenis perubatan yang mencarik adat.
6) Pembedahan batin diyakini menggunakan khidmat jin @ qarin yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik berdasarkan nas-nas al-Qur'an dalam surah al-Jin ayat 6 dan surah al-Zukhruf ayat 36.
7)
Pembedahan batin termasuk perkara mencarik adat yang mampu dipelajari
dan boleh dilakukan secara berterusan, ini menunjukkan ia bukan karamah
atau ma'unah sebaliknya lebih dekat kepada unsur-unsur sihir dan
sya'wazah.
8) Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan
rawatan syubhah seperti pembedahan batin dan kembali kepada al-tibb
al-nabawi spt menggunakan ayat-ayat syifa', doa ma'thur dll atau kembali
kepada perubatan alopati (moden) yang tidak bercanggah dengan hukum
syara'.
21 Julai 2011.
Ahli liqa':21 Julai 2011.
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid Liqa')
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi / Moderator)
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Dr Zahazan Muhammed,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas'ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan, (Tidak Hadir)
Ustaz Ramadhan Fitri Elias, (Tidak hadir)
Ustaz Dr. Maszlee Malik,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Disahkan dalam liqa' pada 18 Ramadhan 1432.
sumber
0 ulasan:
Catat Ulasan