Selasa, 14 Jun 2011

Ceramah Isra' Mikraj bersama Tuan Guru


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyampaikan Ceramah Isra' Mikraj

Ramai sungguh manusia menghadiri ceramah Isra' dan Mikraj yang di sampaikan oleh YB. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang malam ini. Masjid Jamik Nakhoda penuh sesak macam solat jumaat. Walaupun tiada promosi besar - besaran, kehadiran tetap ramai.

Tahniah pihak penganjur, usaha yang bagus. Anak - anak tahfiz sempat bertemu dengan Ustaz Zamri TV9 selepas selesai ceramah tersebut. Ceria dan gembira semuanya dapat bergambar dengan Ustaz Zamri.

Seronok menggigil - gigil bertemu Ustaz Zamri..... hihihi

Pihak penganjur menyediakan makanan yang lazat - lazat selepas ceramah. Tapi masyallah ramainya manusia berbaris mengambil makan. Tak sanggup SK melihat anak - anak tahfiz berbaris panjang untuk menunggu giliran mengambil makanan.  Perut dah keroncong . SK dan anak - anak tahfiz bergerak balik , singgah cari makan. hihihihi

Terima kasih cinagambar yang berulang alik membawa pelajar Tahfiz ke program ceramah ini. SK tak sempat merakam banyak gambar. Insyaallah cinagambar akan update gambar sekitar Ceramah Israk Mikraj ini.
Berselera pekena sate - Anak - anak Tahfiz singgah makan selepas ceramah.

Dapatkan rakaman MP3 ceramah Tuan Guru malam ini di sini


0 ulasan: