Sabtu, 26 Jun 2010

Kaifiat Solat Gerhana Bulan (Malam ini

 
Gambar : Ustaz Nurul Khalil menyampaikan Khutbah Solat Gerhana

Lafaz Niat Solat gerhana Bulan“ Usolli Sunnatal husufi Rakataini imaman / ma'muman lillahi taala
Lafaz Niat Solat gerhana Matahari“ Usolli Sunnatal Kusufi Rakataini imaman / ma'muman lillahi taala

Sahaja aku solat sunat gerhana bulan / matahari  dua rakaat kerana Allah Taala.”


1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 

 








 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

1 ulasan:

Awanama berkata...

Solat adalah tiang agama , tanda kesyukuran kepadaNya atas apa sahaja yang telah , sedang dan akan berlaku ke atas mahkluknya . Orang-orang yang sentiasa solat hidupnya tenteram dan wangi seperti wangi-wangian Firdausi ....SERI DUSUN