Seorang lagi anak muda Kelantan kali ini telah mengharumkan nama Malaysia kerana kelunakan suaranya apabila melontarkan kalimah-kalimah Allah melalui bacaan Al-Quran mendapat perhatian dunia dan mencetus fenomena sehingga di Arab Saudi dan negara rantau Asia Barat yang lain akhir-akhir ini.
Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.
Fenomena ini telah membawa berita Yusuf dan mewawancaranya di salah sebuah stesen televisyen terkemuka, Al-Arabiya kerana keterujaan mereka terhadap beliau yang berjaya menghafaz Al-Quran sejak berumur enam tahun.
Meyakini kebolehan anaknya, bapa Yusuf telah mendaftkarkan anaknya mengikuti kelas disebuah masjid untuk mempelajari tajwid serta hukum bacaan dan lantas, pada usianya 13 tahun, Yusuf sudah mahir mendalami maqamat iaitu salah satu kaedah melunakkan suara bacaan.
Menurut laporan Al Arabiya menerusi wawancara tersebut, Yusuf menyampaikan terima kasihnya kepada kedua orang tua, guru serta sokongan orang sekeliling yang selalu meningkatkan keyakinan dirinya lebih sedekad lalu.
Malah, beliau juga berkongsi beberapa tokoh tersohor yang menjadi inspirasinya seperti Sheikh Mustafa Ismai, Sheikh al-Shanat Mohammed Anwar, Sheikh Ahmed Naina dan Sheikh Yasir al-Sharqawi.
Menjawab salah satu persoalan daripada pihak televisyen tersebut dimana ramai qari-qari muda meniru gaya bacaan daripada mereka yang lebih berpengalaman, namun Yusuf menjawab bahawa tidak salah untuk menggunakan teknik-teknik terbaik qari senior. Walaubagaimana pun bagi dirinya, seseorang qari itu harus bijak merancang dan meningkatkan gaya bacan baru untuk membina imej yang unik.
Pada masa ini, Yusuf masih menuntut di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sultan Ismail dan beliau pernah menjuarai satu musabaqah tilawah Al-Quran yang diadakan diperingkat universiti Malaysia.
Menurut laporan lagi, Yusuf berkongsi bahawa beliau akan sentiasa berusaha untuk memperhalusi bacaannya dengan harapan untuk menjadi salah seorang qari yang dihormati.
Tahniah! Adik Lokman Fahim Bin Ismail menduduki tempat Pertama Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Selangor. Lokman memenangi tempat pertama Kategori 1 - 10 Juzuk dengan memperolehi markah 98%.
Majlis penutupan Rasmi Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Negeri Selangor dan Penyapaian hadiah diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada 23 Februari 2018.
Johan tempat pertama menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.
Ahmad Fahmi Abdul Rahman dan Lokman Fahim Ismail - 2 Wakil Ad Diniyyah ke Peringkat Negeri.
Alhamdulillah Lokman melangkah ke peringkat Kebangsaan.
Bersama anak - anak Sekolah Rendah Agama di Kampung Steung, Wilayah Tbong Khmum, Cambodia
Program selama 4 hari 3 malam di Kampung Steung dan Rokapram Klauk berjalan dalam suasana mesra. Alhamdulillah, SK kongsikan beberapa gambar. Terima kasih semua sahabat sahabat dari Kemboja yang menyambut kedatangan SK dan mengatur perjalanan dengan lancar.
Gotong royong memasak untuk jamuan Anak anak / Guru / Muallaf Fakir Miskin
Menyampaikan pesan untuk muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Antara Muallaf yang menerima sumbangan Al Quran dan wang zakat dari rakyat Malaysia
Bergambar bersama Muallaf dari Kampung Steung
Al Quran terjemahan Bahasa Khmer dan Buku Panduan Solat Bahasa Khemer untuk Muallaf.
Jamuan untuk anak - anak fakir miskin di Sekolah Agama Steung, Wilayang Tbong Khmum, Cambodia
Ziarah Ketua Muallaf di pedalaman Kampung Steung
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E (No Pendaftaran SSM 002118796-U)
Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja
Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha
Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Kisah Yakjuj Makjuj ] Ustaz Hasbullah Najib
Jom! Menyumbang untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Kami berazam melahirkan Generasi pewaris Al Quran. Untuk menyumbang anda boleh salurkan ke Nama Akaun - Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Nombor Akaun Bank Islam Malaysia Berhad 14069-01-002-4005
"Siapakah manusia yang paling bijak?
Manusia yang berhenti nafasnya. Namun Tidak berhenti pahalanya"
K R I S T A L T A S N I M E N T E R P R I S E (No Pendaftaran SSM 002118796-U)
Menyokong Penuh Usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja