Alhamdulillah Islam berkembang subur di Russia. Video Presiden Russia rasmikan masjid di Moskow
MOSCOW: Perbezaan agama tidak menghalang Presiden Russia, Vladimir Putin untuk merasmikan masjid baharu di Moscow dan terbesar di Eropah dalam satu acara besar-besaran semalam.
Putin dalam ucapannya berkata, belia Islam di Russia perlu dididik dan tidak didiskriminasi bagi menghalang mereka daripada menjadi pelampau agama.
Russia mempunyai lebih 20 juta penduduk Islam dan ramai dalam kalangan penduduk Islam Russia menjadi pelampau agama dan berjuang dengan pemberontak Negara Islam (IS).
"Kita lihat apa yang berlaku di Timur Tengah, pengganas IS menjatuhkan maruah dan mencemarkan Islam dengan menyemai sifat kebencian, membunuh orang serta memusnahkan warisan budaya di dunia dengan cara yang tidak bertamadun.
"Ideologi mereka dibina di atas pembohongan dan penyelewengan Islam. Mereka cuba untuk merekrut pengikut di Russia juga. Pembinaan masjid baru ini diharap dapat menghalang penduduk Islam Russia terbabit dengan ideologi salah," katanya.
Masjid yang menelan kos AS$170 juta (RM745 juta) itu diberi nama Masjid Cathedral Moscow dengan seni bina masjid banyak mengikut seni bina rumah ibadat Kristian Ortodok Russia.
Binaan kubah utamanya bersadur emas dan mempunyai menara tinggi mencerminkan budaya Moscow dan mempunyai bulan sabit sebagai simbol agama Islam.
Majlis Mufti Russia menyatakan pembinaan masjid ini turut mendapat derma daripada pihak swasta, termasuk sumbangan daripada Kazakhstan dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan yang turut hadir pada majlis perasmian.
Masjid yang boleh menampung sehingga 10,000 jemaah telah dibina di atas tapak masjid yang lebih awal didirikan pada abad ke-20 awal oleh masyarakat Tatar.
Islam adalah agama kedua terbesar di Russia selepas Ortodoks Kristian, yang membentuk kira-kira 15 peratus daripada penduduk.
KRISTALTA S N I M ENT ER P R ISE
Menyokong penuh usaha
Pusat
Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok
Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks
Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja
<
Upah
Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Saya telah ditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenali dengan nama mini-segway ataupun hoverboard.Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kami kali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.
Segway / Mini-SegwaySegway / Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasa bateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan oleh syarikat Segway Inc.Untuk menggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat ini dilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampu mencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan dan terdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagai mini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu seperti Segway yang asal.
Hukum Menggunakan Alat Tersebut
Melihat kepada nas - nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan
:أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَافَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ عَلَى بَعِيرٍ يَسْتَلِمُ الرُّكْنَ بِمِحْجَنٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wada’ (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya”.
Riwayat Muslim (1272), Abu Daud (1877), Al-Nasa’i (173), Ibn Majah (2948)
Begitu juga dengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:شَكَوْت إلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنِّي أَشْتَكِي، فَقَالَ: طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ، وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ
Maksudnya: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW: “Tawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang.”
Riwayat al-Bukhari (1633), Muslim (1276)Di dalam hadis Jabir R.A:طَافَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى رَاحِلَتِهِ، بِالْبَيْتِ، وَبَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لِيَرَاهُ النَّاسُ، وَلِيُشْرِفَ عَلَيْهِمْ، لِيَسْأَلُوهُ، فَإِنَّ النَّاسَ غَشُوهُ
Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka’abah, sa’i di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.
Riwayat al-Nasa’I (2975)
Berdasarkan nas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakan kenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:
• kerana untuk membimbing orang ramai.
• kerana untuk orang ramai dapat mengikuti dan mempelajari.
• kerana uzur atau sakit.
Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus.
Pendapat Ulama
Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulama’ yang utama membincangkannya:
• Pendapat pertama: Sebahagian ulama’ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌMaksudnya: Melakukan tawaf di Ka’bah adalah solat.Riwayat al-Nasa’i (2922)Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka’bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]
• Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmu’. Dar al-Fikr, 8/27].
• Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf’ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.Ibn al-Munzir berkata: “Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil.” [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]Tarjih
Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi’e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:
• Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
• Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
• Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
• Jauhi dari riya’, ‘ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.
• Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.
Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawaf menggunakan segway / mini-Segway
Akhukum fillah,Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-BakriMufti Wilayah Persekutuan
PER: Program Korban / AQIQAH dan JALINAN ukhuwwah idul adha surau ad diniyyah 1436 /2015
Perkara di atas adalah dirujuk
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Hari Raya Idul Adha pada tahun ini dijangka
akan jatuh pada hari Khamis, 24 September 2015.
Insya Allah tahun ini pihak Surau Ad Diniyyah bercadang untuk menguruskan 3
ekor lembu korban / aqiqah. Aktiviti Sembelihan Korban akan di adakan di Padang
Permainan TBBS 2A pada jam 9.30 Pagi
Hari Khamis Oktober 2015. (Selepas solat Idul Adha).
3. Harga satu bahagian lembu ialah sebanyak RM550.00. Tuan Puan yang berminat untuk menyertai korban pada tahun ini boleh menghubungi En Arman Mustafa 019-3671233, Haji Sapuan 013 320300 atau En. Ahmad Alias 019 2439495 Jadual Program ziarah Idul adha rumah ke rumah sambil
bertakbir adalah seperti berikut:
Alhamdulillah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah telah sempurna dirasmikan pada 17 Mac 2017 oleh Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Ismail Bin Kamus. Kos pembinaan yang hampir mencecah RM1,000,000.00 adalah hasil sumbangan orang ramai. Semoga Allah kurniakan pahala yang berterusan kepada semua yang berwakaf.
16 Oktober 2016
Gambar 19 Mei 2016
13 Mei 2016 - Cat ruang kelas pelajar
24 Februari 2016
Ini adalah video rakaman sekitar keadaan pembinaan sehingga 7 Januari 2016
(Kredit untuk Dino Al'hamdi yang membuat rakaman video ini)
31 Disember 2015
31 Disember 2015 - Pandangan dari sisi belakang Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
31 Disember 2015 - Menara Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.
31 Disember 2015 - Tingkat 3 Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.
21 Disember 2015
6 November 2011- Dinding bahagian belakang tahfiz
Gambar 31 Oktober 2015 - Kerja menaikkan dinding bata
Gambar 27 Oktober 2015 - Tingkat Satu - Kelas Pelajar
Gambar 27 Oktober 2015
7 Oktober 2015
29 September 2015
29 Ogos 2015
Gambar 14 Ogos 2015
Gambar 11 Ogos 2015
8 Ogos 2015
6 Ogos 201
4 Ogos 2015
27 Julai 2015
24 Julai 2015
21 Julai 2015
17 Julai 2015
3 Julai 2015
(28 Jun 2015) Selesai kerja kerja penanaman cerucuk
2 Jun 2015 (Kerja menanam cerucuk)
(11 Mei 2015 ) Kerja -kerja mengukur dijalankan.
5 Mei 2015 (Sebahagian Blok lama Asrama Tahfiz dirobohkan)
Video Bangunan Asrama Pusat Tahfiz
Semoga impian menjadi kenyataan
WAKAF PEMBANGUNAN AD DINIYYAH FASA II AKAN MENYUSUL INSYA ALLAH.
Salurkan sumbangan anda ke akaun Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Maybank Islamic
No akaun 56476230 7417 atau Bank Islam no akaun : 14069020423698
Untuk keterangan lanjut sila hubungi nombor berikut