Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 4 Januari 2013

Penonton Kemah Keming Bersama Ustaz Azhar Idrus di Astro mencecah 700,000



Pengurus Besar Astro Oasis mengumumkan Rancangan Kemah Keming Bersama Ustaz Azhar Idrus yang disiarkan di Saluran Astro Oasis mendapat rating tertinggi iaitu 700,000 penonton. Sementara siaran ulangan mencatat jumlah penonton 600,000. Jumlah ini sekaligus telah mengatasi rating Maharaja Lawak Mega.

Rakaman Kemah Keming (3 Siri)  untuk anda yang tak sempat menonton tempohari.













Fakta yang perlu diketahui oleh peminat Arsenal


Abou Diaby Hafaz Al Quran 19 Juzuk

LONDON – Pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris banyak dihuni pemain - pemain beragama Islam yang datang dari luar negeri.

Bintang bolasepak Liga Premier Muslim yang menonjol kebanyakan berasal dari Perancis. Diantara bintang bolasepak Muslim yang dikenali adalah pemain tengah Arsenal, Abou Diaby. Pemain 25 tahun berkewarganegaraan Perancis ini telah menghafal Al-Quran hingga 19 juz.

sumber addin

Saksikan kelincahan Abou Diaby di padang.
Santai ...













Video banjir lumpur di Subang Jaya

 
 
Banjir lumpur di awal tahun
 
SUBANG JAYA: “Ketika memandu kereta, tiba - tiba saya melihat tanah lumpur seperti ombak tsunami datang dari bukit berhampiran dan menimbus kereta saya. Beberapa saat kemudian, satu lagi runtuhan berlaku dan tanahnya menghala ke arah kereta saya.
 
“Tanpa berfikir panjang, saya menarik tangan isteri dan keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,” kata Abdul Talib Ramli, 59, seorang daripada lapan mangsa kejadian tanah lumpur di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, di sini, jam 6.15 petang semalam.

Dalam kejadian itu, lima kereta, sebuah van dan sebuah motosikal diselaputi lumpur akibat runtuhan tanah dari Bukit Cermin yang jatuh ke dalam takungan air di kaki bukit sebelum melimpah atas jalan.

Abdul Talib berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Siti Laila Othman, 57, dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumah di Putra Heights.

“Keadaan cuaca ketika itu cerah dan tidak hujan,” katanya yang memberitahu turut melihat jelas sebuah Perodua Viva dan Toyota Vios yang melalui jalan sama ‘bermandi’ lumpur.


sumber metro


 
 

Perancangan pembangunan sekitar Masjidil Haram



Saksikan video berdurasi 4.42 saat. Mengelilingi Masjidil haram melihat perubahan yang bakal berlaku dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Makkah kota ibadah tertua di muka bumi bakal berubah wajah.



Saksikan LIVE dari Makkah
Gambar pembinaan di babul Fatah pada musim haji tahun 2011

K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 31 Disember 2012

Catatan Penghujung Tahun 2012


Tahun 2012 tiba ke penghujungnya. 2013 menjelang tiba. SK lampirkan beberapa snapshot blog suraukini. Terima kasih kepada semua pengunjung blog Suraukini. Selamat menyambut Tahun Baru!
 
Yang Kamu semai, itulah yang kamu tuai!

Jumlah pengunjung sehingga 31 Disember 2012
 
 
Follower
 
Graf pengunjung tahun 2012. 
 
 
 


 

Sabtu, 29 Disember 2012

Bolehkah orang Kristian menggunakan Kalimah Allah



Ulang dengar dan ikuti penjelasan Dato' Dr. Harun Din tentang isu penggunaan kalimah Allah.

Jadual Kuliah Pengajian Ad Diniyyah JANUARI 2013



"Barang siapa melalui satu jalan untuk menuntut ilmu , nescaya Allah pemudahkan baginya jalan menuju ke Syurga "- Al Hadith

Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di


Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.

Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Rajin - rajinlah melayari blog ini.

MINGGU PERTAMA

03.01.13 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
03.01.13 Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
05.01.13 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Pilihan)
05.01.13 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40) - diganti oleh Ustaz Syed Amni (Feqah)
06.01.13 - Ahad - Ustaz Dr. Shafie Mohd Amin (Tafsir Surah Al Fatihah) - diganti oleh Ustaz Nur Aidil Fitri (Tafsir Surah Al Fatihah)
MINGGU KEDUA
08.01.13 - Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Kitab Minyatul Musolli SIRI 1)
09.01.13 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - (Isu Semasa : KALIMAH ALLAH)
10.01.13- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
12.01.13 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Pilihan)
12.01.13 - Sabtu - Ustaz Syed Amni Bin Syed Mohamed Al- Yahya (Kitab Feqah TIDAK DAPAT HADIR)
13.01.13 - Ahad - Ustaz Nur Aidil Fitri (Tafsir Al Baqarah)







MINGGU KETIGA

16.01.13 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- (Kitab Minhajul Abidin)
17.01.13 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
18.01.13- Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Unwanul Falah)
19.01.13 - Sabtu - Ustaz Syed Amni Bin Syed Mohamed Al- Yahya (TERKINI)
19.01.13- Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)


MINGGU KEEMPAT

24.01.13 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
25.01.13 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan Anak - Anak Dalam Islam)
26.01.13 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
27.01.13 - Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Mustafa Desa. (Kitab Daqaik Akhbar)
27.01.13 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Kitab minyatul Musolli)




Khamis, 27 Disember 2012

Tasawwur Islam oleh Dato' Dr. Harun Din 05

Firman Allah S.W.T : Perbanyakkanlah bekalan (untuk hari akhirat) , sebaik - baik bekalan adalah Takwa - Surah Al Baqarah
 
Pesan Rasulullah pada Abu Zar : "Wahai Abu Zar perkukuh dan perkemaskan bahtera penghidupan mu, kerana laut yang akan kamu tempuh dalam penghidupan mu amat dalam dan bergelora. Jangan ada sebarang cacat pada bahtera yang akan kamu gunakan untuk membawa hidupmu kepada Allah S.W.T. Perbanyakkan bekalan kerana perjalanan yang kita tempuh amat jauh! Ringankan beban dibelakangmu! kerana jalan untuk kamu daki amat sukar, ikhlaskanlah segala amal kamu
 

 



Rabu, 26 Disember 2012

Ulangtahun ke 8 - Tsunami Acheh 26 Disember 2004

Masjid Baiturrahman Acheh.

Hari ini genap 8 tahun bencana yang meragut ratusan ribu nyawa. Saksikan video kompilasi Tsunami 2004 Boxing day. Kematian yang sangat hampir....
 

 



(Gambar ) Detik cemas banjir di Setiu

 
 
DIBAWA ARUS
 
 
Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri- Penarik di Kampung Tasik di Setiu, Terengganu, Selasa.
 
Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa.
 
Jurufoto BERNAMA Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan detik - detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal. -foto BERNAMA