Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Memaparkan catatan dengan label Bosnia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bosnia. Papar semua catatan

Khamis, 23 November 2017

‘Penyembelih Bosnia’ dipenjara seumur hidup




THE HAGUE: Hakim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas komander tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic, atas tuduhan pembunuhan beramai - ramai dan jenayah perang dalam konflik 2 dekad lalu.



Lelaki yang digelar “Penyembelih Bosnia” itu tidak hadir di kamar perbicaraan untuk mendengar keputusan itu, selepas diheret keluar kerana menjerit mengatakan hakim “menipu”. Dia juga merancang untuk membuat rayuan.


Hakim di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY) mendapati Mladic bersalah atas 10 tuduhan termasuk penghapusan etnik, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan dan pengusiran. Dia dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan beramai - ramai di kawasan bandar tertentu.

Kira - kira 100,000 orang terbunuh dan 2.2 juta diusir dalam peperangan 1992 - 1995 apabila berlaku persaingan etnik yang memusnahkan Yugoslavia. Hakim berkata tentera puak Serb Bosnia yang “tidak berhati perut” di bawah arahan Mladic menjalani “hukuman mati” dan tidak menghormati kehidupan manusia.

“Atas sebab jenayah ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Mladic,” kata hakim Alphons Orie yang kemudiannya mendapat tepukan gemuruh daripada galeri awam.

Beliau menambah, jenayah itu adalah “antara yang paling kejam terhadap manusia”. Sambil tersenyum, Mladic, 74, yang menyebabkan trauma di kalangan masyarakat Bosnia, menunjukkan isyarat “bagus” ketika dia masuk ke kamar perbicaraan di The Hague dengan memakai baju kelabu dan bertali leher.

Tetapi dalam adegan dramatik, dia kemudiannya diarahkan keluar selepas menuduh hakim menipu dan mereka enggan menangguhkan pendengaran itu selepas Mladic diserang tekanan darah tinggi.

“Mereka menipu, kamu menipu. Saya tidak sihat,” katanya sambil menjerit, ketika 2 pengawal keselamatan PBB membawanya ke bilik terdekat untuk mendengar keputusan. Keputusan pada Rabu itu lama dinantikan oleh puluhan ribu mangsa di wilayah Balkan itu. Puluhan orang berkumpul di luar mahkamah dengan memegang gambar orang tersayang yang terbunuh, termasuk gambar antara 7,000 orang yang hilang.

Ada di antara mereka yang menangis di galeri awam kerana hakim mengenangkan kembali adegan kejam pemerkosaan dan pembunuhan itu.

Di Srebrenica, terdapat air mata kegembiraan.

“Mladic akan mati di The Hague! Saya sangat gembira dengan keputusan pengadilan yang dibuat!” kata Nedziba Salihovic yang kehilangan suami, ayah dan anaknya dalam pembunuhan beramai - ramai Srebrenica pada 1995.

Mahkamah mendapati Mladic bersalah atas pembunuhan beramai-ramai di timur laut bandar itu, di mana tentera di bawah arahannya menyembelih hampir 8,000 lelaki dan kanak-kanak lelaki Islam. 

Pembunuhan itu, di mana mangsa diarak, ditembak di bahagian belakang dan dibuang di kuburan terbuka, merupakan episod paling gelap dalam konflik terbabit dan digelar kekejaman paling buruk di bumi Eropah sejak Perang Dunia II.


Mladic “berhasrat menghapuskan umat Islam Bosnia di Srebrenica dengan membunuh lelaki dan kanak-kanak lelaki dan mengusir wanita, kanak-kanak dan warga emas secara paksa,” kata Orie.


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja