Sabtu, 6 Oktober 2018

Ustaz Hassan Azhari meninggal dunia - Inna lillah wainna ilaihi rojiun



KUALA LUMPUR - Tokoh agama terkenal Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada usia 91 tahun di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi akibat kanser limfoma tahap empat.
Allahyarham merupakan pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM dan merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Hassan yang dilahirkan di perkampungan Syi'ab Amir di Makkah, Arab Saudi pada 18 Ogos 1928 juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun.

Beliau juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan. - K! ONLINE

[10:29 AM, 10/7/2018] +60 19-391 8564: Al Marhum Tan Sri Dato' Haji Hassan Azhari

Lahir 18 Ogos 1928 adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu dari bangsa Banjar merupakan seorang pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM. Beliau merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah pada 18 Ogos 1928. Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir al-Shanani.

Keluarga

Beliau mempunyai 22 orang anak dari tiga orang isteri. 13 orang anak yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertama, Sahara Abdul Samad, yang meninggal pada April 2004, Tiga orang anak lelaki yang pertama amat dikenali ramai iaitu Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas ADUN Hulu Klang, Dato' Fuad Hassan kini Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan., dan pelakon terkenal Dato' Jalaluddin Hassan. Seorang lagi anaknya dengan isterinya Maimunah Abd. Ghani, Mohammad Izzat Hassan megikuti jejak langkah abangnya Musa di dalam bidang kepolisan.

Beliau dikhabarkan sangat tegas dalam agama tetapi masih seorang bapa yang penyayang. [3]

Pendidikan

Beliau dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang berilmu dan beragama. Beliau mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di peringkat rendah, mempelajari secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah.

Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah)

Ketika berusia lapan tahun, berhijrah ke Malaya (Malaysia) bersama abangnya, Abdul Hakim dengan menaiki kapal laut selama beberapa bulan. Di Malaya, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Marta al-‘Ulum al-Diniyah di Kuala Langat, Selangor seterusnya ke Sekolah Arab al-Hayat al-Mardiyyah di Kampung Jawa, Selangor. Beliau menyambung pelajaran ke Sekolah al-Junaid, Singapura selama dua tahun untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Antara gurunya ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih.

Kemudian, beliau menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum (kini Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi’ Thanawi. Bagi mendalami pengajian al-Quran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim.

Beliau kemudiannya mempelajari bidang tarannum dengan beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir. Guru-guru al-Quran yang lain ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari (riwayat Hafs), Sheikh Muhammad Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam Nafi’).

Pencapaian

Beliau telah memberi sumbangan besar kepada negara dengan melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Beliau turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Beliau juga merupakan penerima Tokoh Ma’al Hijrah 2002, yang merupakan penghormatan tertinggi bagi individu yang memberikan banyak sumbangan terhadap kemajuan Islam di dalam negara.

Beliau juga telah mengajar al-Quran dalam Radio Malaya dari 1960 hinggalah 2000. Beliau juga turut mengacarakan rancangan agama selama lapan tahun di TV1 yang bertajuk Muqaddam pada 1970-an. Rancangan ini memberi pendedahan yang mudah untuk membaca al-Quran daripada permulaan.

Pada 1997, beliau mendapat Anugerah Khas Seri Angkasa kerana penglibatannya selama 40 tahun bersama RTM.

Hassan juga merupakan hakim Pertandingan Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara. Hampir 46 tahun berkhidmat sebagai hakim, beliau juga menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Singapura, Brunei dan Thailand.

Hassan juga pemenang tempat pertama Pertandingan Tilawah al-Quran yang diadakan di Malaya pada 1947.

Merdeka

Tidak ramai yang tahu siaoa lelaki yang melaungkan azan sewaktu Tunku Abd Rahman mengisytiharkan kemerdekaan pada 31/8/1957. 

Beliau ialah Al Marhum Ustaz Hasan Azahari.

Meninggal dunia

Al marhun Ustaz Tan Sri Hassan Azahari telah meninggal dunia hari ini 6/10/2018 jam 5ptg di Hospital Kuala Lumpur.

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja


0 ulasan: