Isnin, 27 November 2017

Gambar sekitar Majlis Pengijazahan Syahadah Hafazan 30 Juzuk Al Quran Amirul Najmi Bin Azman



Amirul Najmi bersama keluarga

Gambar sekitar Majlis Khatam Hafazan 30 Juzuk Al Quran ] Amirul Najmi Bin Azman Pelajar Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

Amirul Najmi Azman Al Hafiz memperolehi Sijil Syahadah Khatam Hafazan dengan pangkat Jayyid Jiddan selepas mempedengarkan bacaan Al Quran di hadapan panel penyemak bacaan selama 2 hari mulai 25 November 2017 - 26 November 2017.

Bacaan secara hafazan disemak oleh 3 orang ahli panel terdiri dari Ustaz Ahmad Rahimi  Bin Ramli Al hafiz, Ustaz Junaidi Bin Chamari Al Hafiz dan Ustaz Muhammad Minhjuddin Bin Mahmudulhaq  Al Hafiz 

Amirul Najmi memulakan hafazan di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah pada Januari 2014 dan telah berjaya menamatkan hafazan dalam tempoh 2 Tahun 10 Bulan.  Mulai Januari 2017 sehingga Oktober 2017 Amirul Najmi mulai mengulang hafazan secara intensif dengan mengulang hafazan antara 1 - 5 Juzuk sehari  .

Hasilnya, Alhamdulillah Amirul telah berjaya mempedengarkan bacaan 30 Juzuk dengan penuh bertenaga dalam tempoh 2 hari.

Tahniah kepada Amirul Najmi , keluarganya , semua guru , AJK Ad Diniyyah dan semua yang meyumbang.




Amirul Najmi bersama guru Ustaz Zulhelmi


Bersama Haji Zulkifli Wahijan. Pengerusi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah merangkap Presiden Muslimcare Malaysia.




Bersama panel barisan penyemak bacaan hafazan


Bersama rakan dan guru









K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

0 ulasan: