Isnin, 13 November 2017

Saiz lubang misteri boleh membesar, kata pakar geologi




KOTA KINABALU, 12 Nov — Saiz lubang misteri yang ditemui penduduk Kampung Rampai, Sikuati, Kudat dekat sini, semalam boleh merebak menjadi besar.



Pakar geologi dari Universiti Malaysia Sabah berkata keretakan serius boleh berlaku jika kawasan setempat kejadian, padat dengan bangunan dan dilalui kenderaan berat, lapor Kosmo!.

“Fenomena ini memberi ancaman kepada manusia kerana lubang yang terbentuk sukar untuk dipastikan sama ada bersaiz besar atau kecil. Kadang kala daripada lubang kecil ia boleh merebak menjadi besar,” kata profesor Shariff Abd Kadir S Omang.





Beliau tidak menolak kemungkinan pembentukan lubang berdiameter 0.3 meter dan sedalam 3.6 meter itu berpunca dari cahaya, selain faktor geologi atau hakisan bawah tanah.



Lubang itu juga mungkin terjadi disebabkan fenomena lubang benam (sinkhole) yang biasa berlaku pada musim banjir atau selepas hujan, katanya.



Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Tajul Anuar pula berkata lubang benam boleh berlaku di kawasan batuan batu kapur di Batu Caves, Selangor, selain Perak dan Kedah.



Semalam, penduduk kampung John Ukong, 47, mendakwa nampak “cahaya aneh terang menjunam dari langit” kira-kira 2 pagi semalam dan terkejut apabila menemui lubang tersebut.

=============================================================


KOTA KINABALU – Seorang pakar mendakwa, lubang misteri sedalam 3.6 meter yang ditemui pada sebatang jalan di Kampung Rampai, Sikuati, Kudat yang menjadi kegemparan penduduk tempatan baru-baru ini merupakan hasil peninggalan kerja-kerja penggerudian yang dijalankan sebelum ini.
Pakar Geologi, Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah, Prof. Shariff Abd. Kadir S. Omang menjelaskan, tekanan udara yang terperangkap dalam lubang yang digerudi itu berupaya mengeluarkan wap air.
“Kesan gerudi itu mungkin dilakukan pihak-pihak tertentu dalam tempoh agak lama bagi tujuan eksplorasi atau kajian lapisan bumi.
“Cahaya yang dilihat seorang penduduk itu sebenarnya wap air atau udara yang terperangkap lama sehingga menyebabkan tekanan kuat pada kadar yang sangat laju. Sebab itu, ia kelihatan seperti cahaya keluar,” katanya semalam.
Kosmo





K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013-7557011 -
layari www.suraukini.com

0 ulasan: