Khamis, 12 Oktober 2017

Budak Lelaki Berusia 8 Tahun Memilih Utk Masuk Islam, Alasannya Sangat Terharu




Apa yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ini sangat berbeza. Pada usia semuda ini, dia membuat satu perubahan besar terhadap diri dan hidupnya, iaitu menjadi seorang mualaf.



Ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya alasan budak lelaki bernama Yogi Setiady ini untuk memeluk agama Islam. Setelah diselidik, alasan Yogi benar-benar membuat netizen terharu.

Lahir dalam keluarga non-Muslim, Yogi sebenarnya dididik dengan anutan keluarganya. Ibu bapa Yogi juga sentiasa mengajak dia ke rumah ibadah anutan mereka.

Tetapi, apa yang istimewanya, sejak dari mula pandai bercakap, Yogi kanak-kanak berasal dari Kecamatan Delta Pawan Ketapang ini, memang memiliki kebiasaan yang berbeza. Dia lebih tertarik kepada masjid.

Ketika baru mula belajar bercakap, apabila melihat masjid, Yogi kelihatan sangat gembira dan menyebut ‘Alaaba’ (Yogi bermaksud Allahu Akbar).

Eriyanti juga memberitahu bahawa, sejak kecil Yogi selalu menjauhkan dirinya dari anjing, malah tidak mahu menyentuh daging khinzir apabila dihidangkan.

Bukan setakat tertarik begitu sahaja, ternyata Yogi betul-betul serius memperdalami agama Islam.

Ketika baru didaftarkan di sekolah, Yogi meminta izin dari kawan-kawannya untuk solat. Setelah diizinkan, diapun mula membiasakan dirinya bersolat mengikut waktu.

Setiap hari Yogi akan menunaikan solatnya di surau berdekatan dengan rumahnya, dan pada waktu petang, dia mempelajari agama Islam.

Di sekolah juga, Yogi tidak mengikuti mata pelajaran agama ibu bapanya, tetapi memilih untuk belajar agama Islam.

Menurut Eriyanti, setiap hari Jumaat anaknya itu akan menghilang. Setelah diselidik, ternyata Yogi melaksanakan solat Jumaat dengan meminjam baju kawannya.

Pada awalnya, ibu bapa Yogi tidak merestui keputusan anak mereka ini, tetapi, setelah melihat kesungguhan Yogi, Eryanti dan suaminya akhirnya mengikhlaskan pilihan anak mereka sejak kecil.

Walaupun berasal dari keluarga non-Muslim, terbukti Yogi memang serius mendalami agama Islam. Ketika di rumah, Eriyanti seringkali melihat anaknya bersolat dengan menggunakan tuala sebagai sejadah.

Melihat kesungguhan itu, ibu bapa Yogi merasa tersentuh; dan baru-baru ini, ketika diminta untuk membaca beberapa ayat Al-Quran dan doa di hadapan wartawan, Yogi melakukannya dengan lancar tanpa membaca teks.

Setelah ditanya alasannya memeluk agama Islam, Yogi menjawab bahawa dia ingin masuk syurga. Sementara cita-citanya di masa depan adalah ingin menjadi seorang ustaz dan mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran serta mendalami agama Islam.

Akhirnya, pada 5 Oktober 2017, Yogi secara rasminya telah memeluk agama Islam. Dia telah dibawa sendiri oleh ibunya ke Kantor Urusan Agama (KUA) Kecamatan Delta Pawan.

Setelah memeluk agama Islam, ibu bapa Yogi berharap agar anak lelaki mereka itu menjadi anak yang baik dan mendalami agama Islam sepenuhnya.

Sejak berita ini tersebar, ramai yang memuji sikap ibu bapa Yogi yang menghormati keputusan anak lelaki mereka, walaupun baru berusia 8 tahun.

Kepercayaan memang satu urusan peribadi, dan tidak boleh dipaksa, walaupun oleh ibu bapa sendiri.

Sumber: Boombastis | TribunNews



K   R   I   S   T   A   L      T                E   N     E         I   S   E

Menyokong Penuh Usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jor Kaeng Kemboja


0 ulasan: