Rabu, 3 September 2014

Program Korban dan Aqiqah dan Jalinan Ukhuwwah Idul Adha Anjuran Surau Ad Diniyyah 2014







03 SEPTEMBER  2014

Kepada

Semua Penduduk Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


PER: Program Korban / AQIQAH  dan JALINAN ukhuwwah  idul adha  surau ad diniyyah 1435 /2015


Perkara di atas adalah dirujuk



2.             Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh  Hari Raya Idul Adha pada tahun ini dijangka akan jatuh pada hari Ahad, 5 Oktober 2014. Insya Allah tahun ini pihak Surau Ad Diniyyah bercadang untuk menguruskan 6 ekor lembu korban / aqiqah. Aktiviti Sembelihan Korban akan di adakan di Padang Permainan TBBS 2A pada jam 9.30 Pagi Hari Ahad 5 Oktober 2014. (Selepas solat Idul Adha). Tuan Puan yang berminat untuk menyertai korban pada tahun ini boleh menghubungi Haji Sapuan 013 320300 atau En. Ahmad Alias 019 2439495



3.             Dilampirkan di sini, aturcara program Jalinan Ukhuwwah  Idul Adha 1435H dan kupon agihan korban. Diharapkan tuan - tuan dan puan - puan dapat turut serta dalam menjayakan program sambutan Hari Raya Idul Adha pada tahun ini.


4              Pihak Surau akan mencetak T Shirt berlogo Surau Ad Diniyyah untuk dipakai pada hari korban. Tuan Puan yang berminat untuk mendapatkan baju sila hubungi Haji Aziz Taha 019 2259250 (nyatakan saiz baju)

5.             Jadual Program ziarah Idul adha rumah ke rumah sambil bertakbir adalah seperti berikut:

4 / 10 / 2014 (Sabtu) Jalan 2A / 7 dan 2A / 6 


5 / 10 / 2014 ( Ahad )Jalan 2A / 3, 2A / 4 , 2A / 5 

6 / 10 / 2013 ( Isnin )SA & SB 

7 / 10 / 2013 ( Selasa )Jalan 2A / 1, 2A / 2   


Sekian Terima kasih

Yang Benar 

SK
013 2791608
Setiausaha Surau Ad Diniyyah


ATURCARA JALINAN MAHABBAH IDUL ADHA 2014 / 1435 WAKTU SOLAT & KHUTBAH RAYA 

Solat Sunat IdulAdha di Surau Ad Diniyyah akan diadakan pada

Tarikh : 5 Oktober 2014

Hari : Ahad

Jam : 8.30 pagi

Khatib / Imam bertugas : Ustaz Mohd Zaki Madzar Atham Bin Zulkifli

Bilal bertugas : Haji Mohamad Amin Othman 

JAMUAN PAGI RAYA 

Semua jemaah diminta untuk membawa juadah (POTLUCK) untuk jamuan selepas Solat Idul Adha



K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
                                                                              Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja










Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: