Jom Selawat
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً
Daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Orang yang paling dekat denganku pada hari Qiyamat ialah mereka yang paling banyak berselawat kepadaku. (al-Tirmizi)
Hadis ini bermaksud orang paling dekat ialah orang yang paling hampir dengan Rasulullah SA.W.. atau paling berhak mendapat syafa’at dengan sebab banyak berselawat kepada baginda semasa di dunia. Banyak selawat menandakan betapa kasihnya seseorang itu kepada Rasulullah s.a.w. yang mendorongnya mengikuti dan menegakkan sunnah baginda.
Ulama juga mentafsirkan bahawa orang yang paling hampir dengan erti orang yang paling berhak untuk mendapat syafaat di akhirat nanti dengan dilimpahkan pelbagai kebaikan dan dihindari daripada segala macam kesusahan. Banyak selawat ini didorong oleh cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
0 ulasan:
Catat Ulasan