Selasa, 8 Januari 2013

Video Ribut Taufan Sonamu - dah sampai ke Pasir Gudang? Baca doa ni ok!



Menurut satu kenyataan dari pihak NASA, Ribut Tropika Sonamu akan melanda bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Keadaan ini akan menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di bahagian Laut China Selatan
Berdasarkan laporan terkini Jabatan Metereologi Malaysia, negeri yang terdekat dengan impak bencana tersebut adalah kawasan timur laut Dungun Terengganu.

-------------
DOA SEWAKTU RIBUT - Pesan Tuan Guru

KOTA BHARU- Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam berdoa agar ribut Tropika Sonamu tidak berlaku bencana besar.Katanya, beliau membaca dengan cemas dan bimbang laporan akhbar yang memberikan amaran tentang ribut tropika sonamu yang dijangka melanda Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Banyakkan berdoa agar tidak berlaku bencana yang besar, berdoalah di mana juga kita berada dan tidak semestinya ketika solat sahaja.

"Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki dan menguji sesiapa yang dikehendaki
Antara doa yang sesuai untuk dibaca ialah :

اللهم حوالَÙŠْÙ†َا ولا علينا، اللهم غَÙŠْØ«ًا Ù…ُغِيثًا، Ù„َا Ù…ُÙ‡ْÙ„ِÙƒًا ÙˆَÙ„َامُدَÙ…ِّرًا

yang bermaksud : Ya Allah, kesampingkan (bencana) ke sekeliling kami dan bukan ke atas kami. Ya Allah, jadikanlah angin sebagai rahmat, tidak memusnahkan dan tidak menghancurkan..







0 ulasan: