NEW DELHI: “Guru Ketawa” India, Madan Kataria, yang berjaya mengajar beribu - ribu orang di seluruh dunia untuk ketawa demi mendapatkan kesihatan yang baik, membuat satu pengakuan yang tidak disangka-sangka. Dia kurang mempunyai deria lucu.
“Tapi anda tidak begitu mememerlukannya untuk ketawa,” kata Kataria, pengasas “Yoga Ketawa”, satu pergerakan yang berjaya menarik minat di seluruh dunia termasuk selebriti Oprah Winfrey dan Goldie Hawn.
Kataria, yang sentiasa mengembara untuk menyebarkan ajaran “ketawa tanpa sebab”, pernah dipanggil untuk mengajar pekerja ketika sesi aktiviti membina semangat berpasukan di syarikat gergasi antarabangsa seperti Hewlett-Packard dan pembuat kereta Volvo.

Kini, dia dalam proses menubuhkan “Universiti Ketawa” di bandar Bangalore di atas tanah yang didermakan oleh kontraktor binaan dan dana AS$250,000 (RM761,194) daripada seorang penderma tidak dikenali.
“Kami akan mula kerja pembinaan dalam masa tiga minggu dan menjelang 2013, ia akan beroperasi. Kami mahu menubuhkan ibu pejabat untuk komuniti yoga ketawa seluruh dunia,” katanya.
Kataria membayangkan mengadakan sesi ketawa dan persidangan di pusat itu dan menubuhkan sebuah unit perubatan alternatif untuk mengembangkan ilmu perubatan mengenai kesan ketawa yang memberi manfaat kepada kesihatan.
Kajian menunjukkan ketawa menghasilkan bahan kimia otak endorfin yang menghasilkan rasa senang hati yang dikaitkan dengan rasa sejahtera.
“Ketawa adalah perkara paling sihat yang boleh anda buat.. ia ubat paling mujarab,” katanya. - AFP

SK : Al Quran adalah terapi terbaik untuk kesihatan dan penyembuhan!! macam - macam kerenah manusia
0 ulasan:
Catat Ulasan