Isnin, 7 Mei 2012

Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah bersiap menyahut cabaran


Siapa bakal terpilih???

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Pelajar-Pelajar Tahfiz Malaysia (Tahfiz) bakal menganjurkan Pertandingan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Remaja bawah 15 tahun di Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur pada 26 Mei depan.

Presidennya, Datuk Mustapa Othman berkata program berkenaan dirangka untuk menjadi medan ujian kepada pelajar sekolah di bawah peringkat umur 15 tahun untuk memahirkan dan melancarkan pembacaan al-Quran menerusi kaedah hafazan yang sempurna dan tartil.

Menurut beliau, program yang bakal diadakan ini sebagai memenuhi salah satu visi Tahfiz iaitu melahirkan dan mengiktiraf lebih ramai para hafiz dan hafizah dalam kalangan generasi muda yang dimulakan dari peringkat kanak-kanak dalam menghayati isi kandungan al-Quran.


“Bagi setiap penyertaan, pihak pengurusan sekolah boleh menghantar sekurang-kurangnya empat peserta terdiri daripada dua orang hafiz dan dua orang hafizah,”katanya.
Jelasnya, peserta yang menjadi juara layak digelar johan hafiz dan johan hafizah dan pemenang akan menerima piala pusingan, sijil penyertaan serta wang tunai

Bagaimanapun katanya, pihak pengurusan majlis turut memberikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang memperdengarkan bacaan masing-masing pada program ini. Difahamkan setakat ini 27 sekolah mengesahkan untuk menyertai pertandingan ini yang akan diadili Ustaz Amru Al-Haz Adnan (Masjid Negara), Ustaz Abdul Halim Zakaria (Masjid Wilayah Persekutuan), Ustaz Hashim Harun (Pensyarah Institut Pendidikan Islam Bangi) dan Ustaz Ahmad Izwan Hamzah (Jabatan Agama Islam Selangor)

Pertandingan yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Masjid Negara itu turut melantik Sinar Harian sebagai akhbar rasmi.

0 ulasan: